EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Larangan penjualan arak di kedai runcit, serbaneka di Kuala Lumpur bermula Oktober 2021 muktamad Menteri Wilayah

0 month ago, 19-Nov-2020

Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan menarik semula keputusan untuk tidak membenarkan arak dijual di kedai serbaneka, kedai runcit dan ubat Cina berkuat kuasa Oktober tahun hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu adalah muktamad.

“Keputusan DBKL tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 adalah muktamad,” ciapnya dalam satu hantaran menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Kelmarin, dalam laman website DBKL, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut mengumumkan menerusi Garis Panduan Lesen Minuman Keras, berkuat kuasa tarikh sama, tiada lagi lesen baharu liquor yang memabukkan (LMK) dibenarkan diperbaharui untuk semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina.

Katanya, lesen pembaharuan hanya dibenarkan sehingga 30 September tahun hadapan sahaja.

Pada masa, menurut garis panduan itu lagi, premis perniagaan menjual liqour yang memabukkan juga tidak boleh berhadapan dengan balai polis, rumah ibadah, sekolah
dan hospital.-MT

Larangan penjualan arak di kedai runcit, serbaneka di Kuala Lumpur bermula Oktober 2021 muktamad – Menteri Wilayah Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...