EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

7 laporan polis terhadap Siti Kasim, David Orok

36 month ago, 12-Sep-2017

 | September 12, 2017
Dewan Pemuda PAS dan wakil PAS kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau membuat laporan polis di IPD Kuantan.
Hazmi-Dibok-David-Orok-siti-kasim 
KUANTAN: Dewan Pemuda PAS dan beberapa wakil PAS kawasan hari ini membuat 7 laporan polis terhadap peguam aktivis, Siti Kassim dan seorang pemimpin Parti Reformasi Sabah (STAR), David Orok kerana menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan jelik tentang ibadah korban.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Mohamad Hazmi Dibok berkata laporan dibuat oleh beliau sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pagi tadi disusuli dengan tindakan yang sama oleh PAS kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau di IPD Kuantan.

Pada 1 dan 10 September lalu, Siti Kasim menerusi akaun Facebook dipercayai miliknya memuat naik kenyataan yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.
Malah pada 5 September lalu, satu lagi status yang mengelirukan turut dimuat naik oleh David yang jelas menghina Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan hari ini.

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...