EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Laporan kemalangan LRT diketahui esok

0 month ago, 08-Jun-2021

PUTRAJAYA-Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengumumkan laporan kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) akan dibentangkan pada
mesyuarat Kabinet esok.

Ka Siong berkata, laporan itu disediakan oleh Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada sembilan anggota diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

Beliau yang berpuas hati dengan hasil laporan itu turut menyatakan bahawa ia dibuat secara profesional, komprehensif dalam perinciannya serta diselesaikan dalam tempoh 14 hari yang diberikan kepada jawatankuasa itu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jawatankuasa Siasatan atas usaha keras beberapa hari ini, bertungkus-lumus siang malam termasuk turun padang ke Pusat Kawalan Operasi (OCC) LRT Kelana Jaya, membuat sesi simulasi di tempat kejadian, temu siasat serta meneliti dokumen-dokumen panduan operasi berkaitan, katanya dalam entri Facebooknya hari ini.

Insiden pada jam 8.33 malam 24 Mei lalu mengakibatkan sebuah tren tanpa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC.

Berkongsi mengenai isi kandungan laporan yang sedang diteliti itu, Ka Siong berkata terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP) tren Rapid Rail.

Bukan setakat meningkatkan mutu perkhidmatan Rapid Rail, tetapi penemuan dan cadangan ini juga akan dapat meningkatkan infrastruktur perkhidmatan kereta api Malaysia untuk jangka panjang, katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...