EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lantikan menteri, timbalan menteri seimbang

0 month ago, 27-Aug-2021




ALOR SETAR: Pelantikan barisan menteri dan timbalan menteri seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini dibuat secara seimbang dan menepati kepakaran serta pengalaman semua yang terlibat.

Justeru Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri yakin Perdana Menteri bersama seluruh anggota Kabinet mampu menangani masalah berkaitan pandemik Covid-19 secara cekap.

Sambil mengalu-alukan pelantikan anggota jemaah menteri yang baharu itu, beliau pada masa sama turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua terlibat.

Memahami bahawa situasi semasa adalah sukar dan sarat dengan cabaran, kita mengharapkan barisan Kabinet Keluarga Malaysia ini dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh seterusnya mencapai sasaran seperti mana ditetapkan Perdana Menteri.

Keutamaan harus diberikan untuk segera membawa negara keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini, Perdana Menteri masih mengekalkan jumlah 31 kementerian merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Menurut Ismail Sabri, barisan Kabinet itu dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengharapkan agar hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan yang cukup baik selama ini dapat diteruskan.

Kita juga amat mengharapkan agar hubungan erat Kedah dengan Putrajaya dapat dimantapkan lagi pada masa depan, katanya.
............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...