www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lantik presiden baharu jika RMS tolak jawatan

0 month ago, 09-Nov-2018


Omar Ali

 

RAJA Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah diharap dapat menerima lantikan semula sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas sebulat suara dipilih 52 ahli gabungan dalam kongres luar biasa (EGM) malam tadi.

 

Jurucakap EGM yang juga naib presiden yang dilantik, Omar Ali berkata, pihaknya bagaimanapun sudah menyediakan pelan B jika Tengku Amir menolak keputusan tersebut.

 

Jelasnya, dalam kongres itu, ahli gabungan sudah menyatakan persetujuan bahawa jawatankuasa eksekutif yang dilantik berhak memilih presiden baharu sekiranya Tengku Amir Shah enggan bersama badan induk bola sepak Selangor itu.

 

“Kita berharap sangat tuanku kekal, tiada salahnya untuk menerima lantikan semula jawatan presiden ini.

 

“Tetapi jika perkara itu terjadi (Tengku Amir menolak), ahli gabungan dalam kongres ini telah menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baharu untuk memilih dan melantik presiden sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan,” katanya.

 

Mengulas lanjut perkara itu, Omar berkata pihaknya belum mempunyai nama tertentu sebagai pengganti Tengku Amir

 

“Kita belum ada nama lagi untuk presiden baharu. Buat masa ini kita belum fikirkan kerana kalau boleh kita mahu tuanku kekal bersama kami,” katanya lagi.

 

‘Lantik presiden baharu jika RMS tolak jawatan’ Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts