EdisiViral.Com Search Guest Post Login

PFAM Lantik Kepimpinan Baharu Untuk Sesi 2019-2021

0 month ago, 05-Nov-2019

PFA Malaysia (PFAM) membentuk barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2019-2021 dengan Mohd Safee Mohd Sali dipilih sebagai presiden pada Mesyuarat Agung Dua Tahunan kali ke-3 pada 31 Oktober yang lalu bertempat di Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi.

Selaku Presiden yang baharu, beliau mengucapkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui kepimpinan PFA Malaysia yang mana beliau sifatkan sebagai sebuah organisasi yang kukuh dan boleh terus melangkah dengan lebih jauh pada masa hadapan.

PFA Malaysia berjaya membentuk dan melantik ahli jawatankuasa bagi sesi 2019-2021 untuk meneruskan legasi PFAM yang sebelum ini kukuh dan kuat bagi melaksanakan amanah sebagaimana legasi yang ditinggalkan oleh jawatankuasa sebelum ini

Kepada semua ahli PFAM, marilah kita berganding bahu dan memberikan sepenuhnya sokongan kepada program-program yang dianjurkan oleh persatuan ini supaya maafaatnya dapat dirasai bersama

Ucapan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa terdahulu terutamanya kepada Rezal Zambery Yahya, Hairuddin Omar, Ahmad Fauzi Saari, Ruddie Ramli, Mohd Fairuz Abdul Aziz dan Baddrol Bakhtiar yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi demi membela nasib pemain bola sepak di negara kita. Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan. jelas beliau.

Menurutnya, antara muka baharu yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa adalah Shahrul Saad, S.Subramaniam dan Zaquan Adha Abdul Razak manakala exco PFAM sesi 2015-2017, Khairul Fahmi Che Mat kini kembali menyertai ahli jawatankuasa bagi sesi 2019-2021.

Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan Mohd Razman Roslan yang sebelum ini merupakan ahli jawatakuasa bagi sesi 2017-2019 kini dipilih sebagai Timbalan Presiden dan Setiausaha persatuan. Mohd Farizal Marlias dipilih sebagai Bendahari persatuan.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL MALAYSIA SESI 2019-2021

PRESIDEN
Mohd Safee Mohd Sali

TIMBALAN PRESIDEN
Muhammad Shahrom Abdul Kalam

SETIAUSAHA
Mohd Razman Roslan

BENDAHARI
Mohd Farizal Marlias

AHLI JAWATANKUASA
1. Shahrul Saad
2. Khairul Fahmi Che Mat
3. S. Subramaniam
4. Zaquan Adha Abdul Radzak


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...