www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee

0 month ago, 16-May-2019


PULAU PINANG 16 Mei - Para guru yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) akan diberikan insentif khas sebagai antara galakan kepada kelompok berkenaan.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan itu.

Untuk jangka masa panjang, kita sedang merangka dan berbincang dengan pihak JPA.

Insya-Allah saya juga akan minta pertolongan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung cadangan ini, katanya.

Beliau berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru di sini hari ini yang disempurnakan Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Maszlee berkata, kementerian telah menggariskan beberapa inisiatif jangka masa sederhana dan panjang bagi menambah baik tugas para guru di sekolah.
Antaranya, tambah beliau, pemberhentian pelaksanaan audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang mana pihak sekolah kini hanya perlu melaksanakan audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Bagi isu pengawasan peperiksaan pada waktu cuti sekolah pula, jelasnya, bermula tahun ini pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan secara dua fasa pada bulan Oktober dan November semasa waktu persekolahan.

Bagi memenuhi keperluan penggantian guru bercuti, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari, sebanyak RM35.2 juta peruntukan guru ganti telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya sekolah boleh menggunakan khidmat guru ganti, katanya. ''

- UTUSAN ONLINE



SUMBER : cikgushare.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts