www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Langkahan Iskandar ada gaya

0 month ago, 15-Mar-2019


PEMAIN perseorangan profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin meneruskan aksi cemerlang pada Masters China apabila melangkah ke separuh akhir esok.

Pemain yang menduduki ranking ke-125 dunia itu mengambil masa selama 45 minit sebelum bangkit menewaskan pemain Taiwan, Yang Chih Chieh 13-21, 21-9, 21-12 pada suku akhir di Lingshui, China, hari ini.

Meskipun tewas set pertama, bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mempamer semangat melawan sebelum mendominasi set kedua dan penentuan.

Menanti Iskandar pada separuh akhir esok pemain China, Liu Haichao yang menewaskan rakan senegaranya, Gao Zhengze 21-13, 21-10.

Iskandar dan Haichao akan membuat perhitungan kali pertama esok.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts