EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

5 Langkah Untuk Janjitemu Yang Sempurna

7 month ago, 11-Feb-2020

Janjitemu yang romantik boleh menyemarakkan semula hubungan anda dan meningkatkan keintiman antara anda dengan si dia.

Gambar: Depositphotos

Dengan langkah yang EH! kongsikan ini mungkin dapat membantu anda merancang janjitemu yang sempurna dan pasti akan buat si dia gembira.

Pilih Restoran Yang Romantik

Pilih tempat yang anda tahu si dia pasti akan suka. Mungkin ada restoran yang punya nilai sentimental, seperti di mana anda dan pasangan mengadakan temujanji yang pertama. Jika ini bukan satu pilihan, pilih tempat yang menghidangkan makanan yang disukai oleh si dia. Ia perlu menjadi tempat yang lebih menarik daripada lokasi biasa anda makan tetapi tidak perlu membayar sehingga ratusan ringgit.

Buat Tempahan

Penting sekali untuk pastikan bahawa restoran yang ingin dituju masih mempunyai tempat kosong. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada menunggu masa yang lama di tempat yang sibuk. Cuma perlu hubungi restoran sebelum menuju ke sana dan beritahu pihak restoran bahawa anda ingin membuat tempahan pada waktu yang telah ditetapkan.

Pilih Aktiviti Tambahan

Selain makan malam yang romantik, anda boleh merancang sesuatu istimewa selepas makan malam. Anda boleh bawa si dia ke panggung wayang atau teater. Fikirkan aktiviti yang diminati oleh pasangan dan buat acara istimewa selepas makan malam.

Belikan Hadiah

Jika mahu, anda boleh belikan hadiah untuk si dia. Ia adalah sebagai tanda kasih sayang anda kepada pasangan. Bunga, aksesori dan coklat sering menjadi taruhan terbaik. Untuk hadiah yang lebih peribadi, hadiahkan si dia dengan bingkai gambar dengan foto anda berdua. Selain itu, anda juga boleh buat hadiah seperti CD atau USB Memory yang dipenuhi lagu romantis. Mereka pasti akan hargai hadiah istimewa ini.

Rancang Pakaian Yang Ingin Dipakai

Pastikan anda memakai sesuatu yang istimewa. Bergantung pada tempat yang anda ingin pergi, lelaki boleh memakai sut manakala wanita boleh memakai dress atau gaun. Berpakaian dengan baik dan menarik boleh membantu membuatkan sesi temujanji lebih istimewa dan pasangan anda akan hargai usaha yang dilakukan.


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...