EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tiga Langkah Mudah Muka Lebih Muda Dan Berseri Dengan Eucerin Vitamin C Booster

0 month ago, 10-Sep-2019

Vitamin C merupakan elemen penting dalam pemakanan seharian kerana ia menguatkan sistem imuniti dan melindungi badan daripada jangkitan penyakit selesema, di samping juga memberikan manfaat kesihatan lain.

Bukan itu sahaja Vitamin C juga mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit wajah. Hal ini terbukti apabila dengan kelahiran ?Hyaluron-Filler Vitamin C Booster.

Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster

Eucerin memperkenalkan produk penjagaan kulit anti-penuaan Hyaluron-Filler Vitamin C Booster, satu inovatif yang membolehkan 10% Vitamin C tulen dalam formula yang diaktifkan secara segar pada penggunaan pertama dan mengekalkan kuasa penuhnya sepanjang pemakaian.

Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster

Dengan kombinasi unik Vitamin C yang diaktifkan secara segar danHyaluron yang 40x lebih kecil, kuasa anti-oksidatif yang menakjubkan dalam Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster menyerikan kulit sambil menghilangkan kerutan untuk menjadikan kulit tampak lebih muda dan berseri dan hasil penggunaan produk ini boleh didapati dalam 7 hari. Isi kandung Vitamin C dalam booster ini adalah 200x lebih tinggi daripada sebiji buah oren.

Aktifkan produk ini dengan 3 langkah mudah sahaja: ?Tekan. Goncang. Tekan. (?Press. Shake. Press)?

  • Langkah 1 Tekan? ?butang lembut, aktifkan serbuk pekatan Vitamin C
  • Langkah 2 Goncang, goncang dengan sekata untuk mencampurkan serbuk Vitamin C dengan serum yang mengandungi asid Hyaluronik
  • Langkah 3 Tekan butang lembut sekali lagiuntuk menggunakan produk

Foto Arkib Wanista

Vitamin C adalah anti-oksidan yang mujarab yang dapat meneutralkan radikal bebas. Dengan kandungan asid yang tinggi, apabila kita menggunakan Vitaminc C secara topikal, kulit akan tercetus untuk menyembuh sendiri dengan mempercepatkan pengeluaran kolagen dan elastin.

Dalam membantu menggalakkan pengeluaran kolagen, penggunaan Vitamin C secaratopikal akan membantu mencegah penuaan pra-matang.Untuk mendapatkan hasil yang terbaik daripada Vitamin C, ia perlulah diaktifkan secara segar kerana ia akan melalui proses kereputan apabila terdedah kepada oksigen. Bagi asid Hyaluron bermolekular rendah yang boleh didapati dalam Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Boosterini, ia menembusi ke dalam epidermis dan menggantikan lembapan untuk jangka masa panjang dan membantu menghilangkan kerutan sambil menghidratkan kulit.

Giphy

EucerinHyaluron-Filler Vitamin C Booster boleh didapati di semua Gedung Watsons di seluruh negara, dan didatangkan dalam pek tunggal 1 x 8ml, RM 59 dan pek bertiga 3 x 8ml, RM 199.

Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web rasmi [SINI] atau laman Facebook [SINI].


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com