www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Langkah Yang Harus Dilakukan Jika Terlanjur Hamil Anak Luar Nikah

0 month ago, 13-Jan-2019


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan.

Jarang sekali kita mendengar jalan penyelesaian untuk wanita yang terlanjur mengandungkan anak luar nikah. Biasa yang kita lihat ialah cemuhan dan sindirian pada mereka yang mungkin tersasar mengikut nafsu. Siapalah kita untuk menghukum mereka, sebagai masyarakat yang berilmu dan beragama sepatutnya membimbing dan menasihati mereka.

Iya, apa yang mereka lakukan memang salah disisi agama tapi adakah memarahi mereka perkara yang ajar. Tekanan yang diberi boleh memberikan kesan negatif sekaligus emosi si ibu mengandung mula berentakan dan membawa kepada isu bunuh diri, bunuh anak yang dilahir dan paling biasa mereka buang bayi yang tidak bersalah itu.Jika anda tidak mampu untuk menolong, lebih baik berdiam dan mendoakan dia bertaubat dan diampuni oleh Allah SWT.

Foto Global Women Connected

Buat anda yang tersepit dengan tindakan lalu dan kini mengandungkan janin yang tidak berdosa. Jangan berdiam diri dan memakan hati. Ambillah tindakan yang sebaik mungkin untuk masa depan dan nyawa anda dan si anak. Kalau boleh jangan letak harapan terlalu tinggi, jika si bapa mahu bertanggungjawab kerana cakap kosong tanpa akad apalah ertinya. Inikan orang yang menikah pun boleh tinggalkan anak dan isteri.

Maklum pada ibu dan bapa

Sebaik-baiknya maklumlah kepada ibu bapa kamu. Bukan hendak mengeruhkan lagi situasi tapi sedarlah bahawasanya kamu adalah tanggungjawab mereka. Dibilik bersalin nanti, teman lelaki tidak boleh menemani kamu tapi si ibu. Bakal mengazankan si kecil pula nanti ialah datuknya. Memang berat untuk menerima hakikat tapi pengampunan dari kedua ibu bapa adalah azimat yang paling terbaik.

Berkahwin

Jika gadis bawah 18 tahun kebawah perlu menjalani prosedur tersendiri tapi artikel yang penulis tekankan hari ini ialah untuk mereka yang 18 tahun keatas yang sepatutnya lebih matang ketika mengambil tindakan. Pernikahan antara jalan yang diambil hanya kerana semata-mata untuk menutup aib. Keputusan untuk berkahwin adalah perkara yang berat ia bukan sahaja perlu dipersetujui oleh dua pihak tapi memerlukan keredhaan hati, emosi dan mental. Kahwin bukan semata-mata untuk mendapatkan bin atau binti si bayi tapi untuk selama-lamanya. Diingatkan undang-undang Malaysia hanya membenarkan bayi menggunakan nama bapa seperti dalam sijil nikah jika bayi tersebut lahir selepas enam bulan dari tarikh pernikahan.

Dalam hukum Islam juga, tiada nas sama ada Al-Quran atau hadis Rasulullah SAW atau fatwa ulama untuk pasangan berzina berkahwin. Baca lanjut di blog: Bercinta Selepas Nikah.

Foto Dreaming of Baby

Pergi ke Rumah Perlindungan

Alternatif jika ibu bapa menolak, teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab dan anda benar-benar buntu. Dapatkan bantuan di rumah-rumah perlindungan yang sememangnya membuka tangan menerima anda. Buatlah carian di Internet dan media sosial terdapat banyak! Fikirkan perkara yang menguntungkan jika anda tinggal disana. Sedikit sebanyak anda boleh mendidik semula hati, menjaga kandungan dan kesihatan serta diberi bimbingan.

Foto AboutIslam.net

Segerakan taubat anda dan kalau boleh rahsiakan perkara ini daripada sesiapa kecuali kepada mereka yang anda percayai. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar aib anda dipelihara dan mohon petunjuk serta kekuatan dari-Nya. Cuba jangan terasa hina dengan diri anda, sekurang-kurangnya anda sudah bertaubat. Moga Allah SWT permudahkan urusan anda.

RUJUKAN 1, 2 & 3




SUMBER : wanista.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts