EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Langgar remaja kerja part time sampai mati, pemandu bas mengaku tidak bersalah

0 month ago, 11-Nov-2019


Pemandu bas membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dalam kejadian Khamis lalu. 

Tertuduh, S Peter Paul, 49, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ahmad Tajudin Zain, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwam emandu bas di bawah pengaruh dadah yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan itu sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhammad Saifullah Mohammad Hafiez, 16, di Jalan Dato Ismail Hsahim, Daerah Barat Daya, pada jam 6.30 petang, 7 November 2019. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000 dan boleh dipenjara selama 10 tahun maksimum jika disabitkan bersalah. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid, manakala tertuduh diwakili oleh peguam S Yagoo. 

Peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM10,000 atas alasan tertuduh merupakan bapa tunggal hanya bekerja sambilan sebagai pemandu bas dengan pendapatan RM1,400 dan perlu menyara ibu dan tiga anaknya. 

Rais terdahulu memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius. 

Ahmad Tajudin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan semula kes.

: Berita Harian

LAPORAN BERKAITAN

SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...