EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lamborghini remuk selepas 20 minit keluar dari bilik pameran

0 month ago, 27-Jun-2020

West Yorkshire: Kenderaan jenis supercar Lamborghini Huracan Spyder yang baru saja 20 minit keluar dari bilik pameran terbabit dalam kemalangan.

BBC melaporkan, berdasarkan keterangan polis United Kingdom (UK), kenderaan itu dipercayai berdepan masalah teknikal.

Pemandu malang itu memaklumkan bahawa kenderaan bernilai 200,000 (kira-kira RM1.06 juta) itu tiba-tiba berhenti kerana kegagalan teknikal yang menyebabkan sebuah van yang berada di belakangnya hilang kawalan dan melanggar Lamborghini itu.

Pemandu van itu mengalami kecederaan di kepala, namun tidak serius.

Sebahagian lebuh raya di mana kemalangan itu berlaku terpaksa ditutup seketika untuk mengalihkan kedua-dua kenderaan.

Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan identiti sebenar pemilik supercar itu atau dari mana kenderaan itu diambil.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...