www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lambakan kisah palsu mengenai kakak, adik ketua jururawat laung amaran buat warganet

0 month ago, 18-May-2019


Semalam, mayat ketua jururawat Hospital Serdang telah ditemui di sebuah unit kondominium di Cyberjaya dengan beberapa kecederaan di anggota badan. Siti Khairina Kamarudin dipercayai telah dibunuh selepas terdapat kesan kelar di kepala, leher dan dada mangsa.

Setelah pihak forensik melakukan siasatan ke atas mayat mangsa, jenazah telah dibawa pulang ke kampung halaman untuk di kebumikan disana. Urusan pengkebumian berjalan lancar namun suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan.

Suspek pembunuhan ketua jururawat itu juga sudah pun ditahan dan direman bagi membantu siasatan. Didapati beberapa orang warga Nigeria telah ditahan turut merupakan individu yang dikenali arwah.

Rentetan daripada penahanan suspek warga asing itu, ramai netizen membuat spekulasi sendiri mengenai kaitan mangsa dengan pembunuh tersebut.

Oleh hal yang demikian, adik mangsa, Khairani Kamarudin telah memuat naik satu posting di Facebook dengan meminta orang ramai supaya tidak membuat andaian sendiri.

Kepada pihak-pihak yang menyebarkan cerita/ berita yang tidak benar, berhentilah! Ia sangat menyakitkan kami sekeluarga. Ujarnya.

Menerusi muat naik status di Facebook itu juga, adik mangsa turut memohon maaf bagi pihak Siti Khairina jika arwah pernah melakukan kesalahan sepanjang hidupnya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, sahabat handai dan juga ahli keluarga kerana sentiasa menyokong dan memberikan bantuan ketika mereka sekeluarga dalam kesedihan.

Terima kasih polis diraja Malaysia,
Terima kasih rakyat Malaysia dan,
Terima kasih keluarga dan sahabat handai.

Menjengah keruangan posting daripada khairani itu, rata-rata netizen telah mengucapkan salam takziah kepada mereka sekeluarga. Ada juga yang mengharapkan agar pihak polis melakukan siasatan terhadap kes pembunuhan kejam ini.

: Khairani Kamarudin

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts