EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lakukan Ujian Kesihatan Ini Bila Dah Masuk Usia 3 Series

0 month ago, 08-Jun-2021

Kamu dah masuk 3 series? Dah pernah lakukan ujian kesihatan? Langsung tak pernah ke tak peduli?

Mungkin ini sudah tiba masanya kamu melakukan ujian saringan kesihatan demi kelangsungan hidup di masa depan. Kalau tak nak sakit, mati awal, ambil peduli tahap kesihatan diri agar kamu tahu keadaan tubuh badan sekarang.

Pemeriksaan Tekanan Darah & Kolesterol

Untuk pengetahuan kamu, kesihatan jantung amat penting dan usia 30-an adalah masa yang tepat untuk kita memastikan sistem kardiovaskular berada dalam keadaan baik.

Pemeriksaan HIV & STI

Foto Healhtline

Semua individu yang aktif secara seksual antara usia 13 sehingga 64 tahun harus diuji dengan ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa mengira faktor risiko.

Pemeriksaan Kanser Kolorektal

Pemeriksaan kolorektal mampu menjadi pengalaman yang agak kurang menyelesakan bagi segelintir individu.

Walau bagaimanapun, kolonoskopi boleh menjadi ujian yang sangat penting untuk dilakukan oleh lelaki dan wanita kerana para doktor akan merujuk pemeriksaan ini sebagai pengesanan awal kanser usus.

Ujian Pelvis

Untuk mengekalkan kehidupan yang sihat, amat penting bagi wanita berusia 21 tahun ke atas untuk menjalani ujian pelvis dan pap smear setiap 3 tahun untuk mengesan kehadiran kanser.

IKLAN

Foto adultpediatricuro.com

Tidak kira sejarah seksual, wanita berusia 21 tahun ke atas harus menjalani pap smear setiap 3 tahun. Ia membantu dalam mencari tanda-tanda kanser serviks.

Pemeriksaan Mata

Usia 30-an adalah masa yang tepat untuk membuat janji temu dengan pakar oftalmologi atau pakar mata.

Pemeriksaan ini juga mampu mengenal pasti masalah kesihatan lain yang tidak berkaitan dengan mata seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, atau kanser.

Pembersihan Gigi

Pemeriksaan gigi pada usia 30-an adalah sangat penting kerana doktor gigi akan dapat mengenal pasti sebarang kerosakan atau penyakit gusi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut yang teruk pada kemudian hari.

Foto Art of Smile

Ingat, jangan ambil ringan tahap kesihatan diri. Jangan bila dah sakit, baru nak pergi jumpa doktor.

RUJUKAN



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...