EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ayuh Lakukan Demi Coach Tan Harimau Malaya Sedia Gempur Vietnam

0 month ago, 11-Jun-2021

Suasana di dalam kem skuad Harimau Malaya seperti berubah jika perkembangan terbaru diambil kira. Ia berikutam ayah kepada Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe iaitu Tan Chooi Siak meninggal dunia pada hari ini.

Perkara itu disahkan melalui satu mesej takziah yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini. Mendiang Tan Chooi Siak meninggal dunia pada usia 95 tahun akibat sakit tua.

Itu dugaan yang dihadapi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila kehilangan bapanya beberapa jam sebelum membawa Malaysia berdepan tugas getir menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai awal pagi esok (12.45 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Good luck tonight guys. Its an extra special night for us. s do this for our Coach with the country behind us ?????????????????? pic.twitter.com/bdRylsBTt5

Junior Eldstl (@JuniorEldstal) June 11, 2021

Pemain pertahanan negara, Junior Edstal menjadi antara pemain negara terawal menyeru rakan sepasukan yang beraksi dalam perlawanan menentang Vietnam pada malam ini untuk memburu kemenangan sebagai tanda solidariti kepada Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Melalui satu ciapan di akaun Twitter peribadinya, Junior Edstal yang beraksi bersama Chonburi FC di Liga Thai pada musim ini berkata: Selamat maju jaya kepada rakan sepasukan pada malam ini. Malam ini ia perlawanan sedikit istimewa. Ayuh lakukan [buru kemenangan] untuk jurulatih kita dengan seluruh [sokongan] rakyat Malaysia.

Junior Edstal adalah satu-satunya pemain dari kalangan skuad sedia ada di Dubai yang tidak boleh beraksi menentang Vietnam disebabkan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika perlawanan menentang UAE.

Tan Cheng Hoe sebelum ini turut mengesahkan lain-lain pemain cergas sepenuhnya untuk menghadapi skuad Naga Emas perlawanan yang akan menentukan hala tuju perjalanan skuad negara di kempen kelayakan selepas ini.

Dion Cools beri mesej kebersamaan.

Beberapa pemain lain turut memuatnaik mesej di IG Story masing-masing tanda solidariti kepada Tan Cheng Hoe yang kehilangan ayahnya saat menabur bakti bersama negara.

Antaranya ialah pemain pertahanan FC Midtjylands yang dijangka akan melakukan penampilan keduanya bersama pasukan negara dalam perlawanan menentang Vietnam.

Begitu juga perkongsian daripada pemain naturalisasi kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi yang memberi indikasi barisan pemain akan berjuang habis-habisan demi Tan Cheng Hoe dan negara dalam perlawanan pada malam ini.

Selepas aksi menentang Vietnam, pasukan negara akan berhadapan Thailand pada 16 Jun hadapan untuk menutup kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

Ayah Tan Cheng Hoe Meninggal Dunia

Tak Mungkin Dia Akan Buat Kesilapan Yang Sama, Tegas Cheng Hoe

Analisis: Siapa Pengganti Nguyen Quang Hai Lawan Malaysia?



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...