EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PKP: JAIS laksana perkhidmatan secara atas talian

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menangguhkan perkhidmatan secara bersemuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula daripada 13 hingga 26 Januari ini.

Menurut pihak JAIS, sepanjang tempoh tersebut kesemua perkhidmatan akan dilaksana secara atas talian.

Orang ramai yang hendak berurusan dengan pihak JAIS dikehendaki menghubungi nombor telefon 0355143600 atau 0355143400 setiap isnin hingga jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pihak JAIS boleh juga dihubungi melalui alamat email, [emailprotected],katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang JAIS di www.jais.gov.my, Facebook JAIS atas nama akaun JabatanAgamaIslamSelangor, Instagramnya, jabatan.agama.islam.selangor dan di twitter, @JAISelangor.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...