EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lakonan mantap! Netizen geram tengok Lydiawati tunjal kepala Wan Maimunah

0 month ago, 06-Apr-2021

Nampaknya slot akasia di TV3 kembali menjadi perbualan warganet di media sosial apabila drama Tak Sempurna Mencintaimu berjaya mencuri perhatian penonton drama Melayu dengan lakonan hebat para pelakonnya.

Jika sebelum ini, teknik memancing pelakon utamanya iaitu Redza Rosli menjadi perbualan, kini adegan pelakon senior Lydiawati menunjal kepala pelakon air mata, Wan Maimunah pula tular di media sosial.

Gila lah scene ni, real sangat setiap inci perbuatan tu, geram pulak aku.. terbaik pelakon drama ni pic.twitter.com/JDJfBQDzUg

mkamz (@anuarkhairull32) April 4, 2021

Lakonan mantap kedua-duanya begitu berbekas di hati penonton kerana melihat kehebatan mereka berlakon dengan sangat natural.

Ramai yang memuji babak tersebut dengan berpendapat lontaran dialog dan teknik lakonan orang lama sememangnya luar biasa sehingga membuatkan penonton berasa geram.

Menyedari babak tersebut viral, pelakon yang memegang watak Rokiah itu telah tampil menjelaskan hal sebenar kepada pihak Harian Metro dengan memaklumkan bahawa Wan Maimunah sendiri mengizinkan adegan berkenaan dibuat.

Ibu Wan Maimunah yang minta dan izinkan saya buat betul-betul, kata Lydiawati.

Selain itu, dia juga menyatakan Wan Maimunah yang memintanya melakukan apa sahaja bagi memberi mood yang sebenar. Lydiwati turut mengakui bersedia menerima kecaman netizen menerusi drama tersebut.

Itu semua lakonan, bukan betul pun. Cuma sewaktu menjayakan babak itu termasuk babak bergaduh lain, ibu (Wan Maimunah) memang nak saya buat betul-betul.
Dia cakap buatlah apa pun supaya dia juga dapat mood. Saya kata kalau buat mesti kena kecam. Nampaknya ia memang terjadi. Sebenarnya ada banyak lagi babak bergaduh selepas ini.
Itu semua permintaan dan diizinkan oleh ibu. Sewaktu latihan kami tak buat, tapi masa dah take baru buat. Semuanya secara one take saja, tambahnya.

Drama Tak Sempurna Mencintaimu ini dibintangi oleh Redza Rosli, Intan Najuwa, Azza Elite, Fendy Bakry, Wan Maimunah,, Lydiawati dan ramai lagi pelakon popular.

Sudahpun bersiaran selama hampir dua minggu, drama yang ditayangkan jam 7.00 malam ini dilihat berjaya menarik perhatian penonton memandangkan persembahan pelakon-pelakon Tanah Air yang luar biasa seperti ditunjukkan dalam adegan tersebut.

: anuarkhairull32, lydia.saimon, Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...