www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lakonan mantap aktor Azhan Rani beri impak emosi sehingga penonton cilik turut terkesan

0 month ago, 17-Apr-2019


Nama aktor Azhan Rani semakin menjadi bualan dan mendapat perhatian setelah karakter antogonis yang dibawa menerusi drama bersiri Nur memberi kesan yang mendalam ke dalam jiwa penonton.

Azhan Rani memenangi Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini dan ia membuktikan lakonannya ternyata memberi impak kepada penonton.

Walau bagaimanapun, kehebatannya lebih terserlah apabila berjaya menyentuh hati penonton yang menyaksikan cerekarama Restu Ayah yang menampilkan dirinya dalam sisi watak yang berbeza.

teruk anak aku meraung sebab drama malam ni. power teruk bang! @azhanrani #restuayah pic.twitter.com/3K1gZHa8L1

EK (@eleanakamal) April 13, 2019

@eleanakamal/Twitter

Bukan sahaja orang dewasa, penonton cilik turut terkesan dan menjadi sebak sehingga meraung dengan watak yang disampaikan menerusi slot cerekarama TV3 pada malam minggu itu.

lama kitorang pujuk naquib dan convince kata ni semua lakonan. dia tak percaya. betul real lakonan @azhanrani dan Raja Atiq #RestuAyah pic.twitter.com/pwuNMVfYBL

EK (@eleanakamal) April 13, 2019

@eleanakamal/Twitter

Cerekarama Restu Ayah menceritakan kisah seorang anak yang dilakonkan oleh Raja Atiq yang sudah biasa dimanjakan ibu bapanya. Namun suatu hari, insiden hebat yang berlaku telah menyebabkan ibunya terkorban manakala ayahnya mengalami ketidakupayaan fizikal.

Masih muda untuk melalui semua itu, Azlan menuduh ayahnya sebagai punca sehingga tercetus perasaan dendam dan amarah.

 

View this post on Instagram

 

sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal.. aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.. selagi@mereka masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.. tq atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa #jomkecamayahaji #jomkecamamirul #nur2 @tv3malaysia

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

azhan_rani/Instagram

Azhan sendiri melalui akaun Instagram miliknya turut berkongsi rasa sebak, kerana tidak menyangka mendapat sambutan sehebat itu daripada para penonton terutama kanak-kanak.

azhan_rani/Instagram

: naquib.raykal/Instagram ,eleanakamal/Twitter, azhan_rani / Instagram

Lakonan mantap aktor Azhan Rani beri impak emosi sehingga penonton cilik turut terkesan Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts