EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Apa Lainnya Parmesan Dan Cheddar? Ketahui Perbezaan Setiap Jenis Keju

6 month ago, 15-Jan-2020

Sama senarionya dengan jenis kopi. Keju juga ada banyak jenis yang disesuaikan mengikut pelbagai makanan.

Baca :Apa Beza Kopi Cappucino Dengan Latte? Ketahui Perbezaan Setiap Minuman Kopi

Yang pening bila kita ke pasaraya, berdiri di depan rak keju dan mahu membelinya. Tak tahu mana satu cheddar, mana pula brie, yang mana sesuai untuk carbonara, atau mungkin juga pizza. Aduh boleh stres jadinya.

Baiklah, edisi kali ini Wanista kupaskan perbezaan kesemua jenis keju serta khasiat yang terkandung.

Brie

Brie adalah keju berkrim, tinggi lemak dengan rasa lembut dan ringan. Selalunya dipadankan bersama minuman keras dan dimakan bersama buah-buahan.

Foto Cheesemaking
  • Kalori 334 kcal
  • Karbohidrat 0.5g
  • Lemak 27.7g
  • Protein 20.7g

Cheddar

Merupakan keju paling dikenali seluruh dunia.Keju jenis cheddar mempunyai pelbagai jenis dengan rasa yang berbeza, dari ringan sehinggalah berat. Sedap jika dibuat mac n cheese.

Foto Crafty Cooking Mama
  • Kalori 403 kcal
  • Karbohidrat 1.3g
  • Lemak 33.1g
  • Protein 24.9g

Camembert

Camembert mempunyai rasa yang lebih kuat dan lebih dalam. Ia lebih beraroma dan adakalanya sedikit berbau masam. Kerana bau yang kuat menyebabkan keju ini kurang disukai orang.

Foto South China Morning Post
  • Kalori 300 kcal
  • Karbohidrat 0.5g
  • Lemak 24.3g
  • Protein 19.8g

Cottage Cheese

Cottage cheese adalah keju lembut yang dibuat dari dadih dan miliki rasa masam. Keju ini miliki banyak kegunaan, terutama dalam masakan dan sebagai pengganti keju ricotta.

Foto New England Cheesemaking
  • Kalori 98kcal
  • Karbohidrat 3.4g
  • Lemak 4.3g
  • Protein 11.1g

Cream Cheese

Rasanya lembut dan lemak berkrim, enak dimakan plain atau dengan tambahan bawang putih dan chives.

Foto Wikipedia
  • Kalori 342kcal
  • Karbohidrat 4.1g
  • Lemak 34.2g
  • Protein 5.9g

Feta Cheese

Feta mempunyai rasa yang unik, ia sangat lembut dan berkrim dengan rasa masin dan tajam juga. Walau bagaimanapun, rasa boleh berbeza-beza bergantung kepada cara disedia atau dimasak. Feta boleh dimasak, dimakan mentah dalam salad, atau diperap bersama minyak zaitun dan beberapa herba.

Foto Coral Restaurant
  • Kalori 264 kcal
  • Karbohidrat 4.1g
  • Lemak 21.3g
  • Protein 14.2g

Gorgonzola

Berwarna kekuningan dan putih dengan hijau kebiruan. Dipanggil juga blue cheese mempunyai rasa yang agak ringan dan sedikit manis. Boleh dimakan begitu sahaja atau makanan lain.

Foto South China Morning Post
  • Kalori 353 kcal
  • Karbohidrat 2.3 g
  • Lemak 28.7 g
  • Protein 21.4 g

Gouda

Warna kuning cair ke kuning pekat. Rasa bergantung kepada jenis dan tekstur keju dari ringan hinggalah ke sedikit tajam.

Foto Taste Atlas
  • Kalori 356 kcal
  • Karbohidrat 2.2 g
  • Lemak 27.4 g
  • Protein 24.9 g

Gruyere

Gruyere boleh dimakan sendiri, tetapi selalunya diparut sebagai topping pada kebanyakan makanan.Ia juga merupakan ramuan biasa dalam sandwic bakar, dan pelbagai sup dan stews.

Foto Think Eat Save
  • Kalori 413 kcal
  • Karbohidrat 0.4 g
  • Lemak 32.3 g
  • Protein 29.8 g

Parmesan

Keju paling biasa dan popular diguna. Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan ramuan dalam masakan. Mempunyai rasa yang sangat kaya dan sedap.

Foto Lovefood
  • Kalori 431 kcal
  • Karbohidrat 4.1 g
  • Lemak 28.6 g
  • Protein 38.5 g

Mascarpone

Makanan yang menggunakan mascarpone termasuk pencuci mulut tiramisu dan risotto, dan juga cheesecake. Dari segi rupa, mascarpone berwarna putih krim, dan kelihatan seperti yogurt atau versi krim masam yang lebih tebal.Mascarpone mempunyai rasa yang lemak berkrim dan agak ringan, tidak terlalu muak.

Foto New England Cheesemaking
  • Kalori 429 kcal
  • Karbohidrat 0 g
  • Lemak 46.4 g
  • Protein 7.1 g

Mozzarella

Mozzarella datang dalam dua jenis, segar dan kering. Versi segar sedap dimakan begitu atau dengan minyak zaitun dan herba.Ia juga sering dijadikan bahan dalam pelbagai salad.Sebaliknya, jenis kering adalah untuk tujuan masakan seperti pizza, lasagna dan pelbagai hidangan bakar lain.

Foto Cultured Palate
  • Kalori 318 kcal
  • Karbohidrat 2.5 g
  • Lemak 24.6 g
  • Protein 21.6 g

Roquefort

Rupanya sama sahaja seperti gorgonzola. Roquefort adalah blue cheese yang enak dan beraroma dari Perancis.

Foto Pinterest
  • Kalori 369 kcal
  • Karbohidrat 2 g
  • Lemak 30.6 g
  • Protein 21.5 g

Havarti

Havarti adalah keju lembut dan berkrim dari Demark. Pasangan hebat dengan wain, stik,buah-buahan, dan ada juga yang suka membakarnya.

Foto Informa
  • Kalori 292 kcal
  • Karbohidrat 1.4 g
  • Lemak 18.5 g
  • Protein 30.1 g

Wensleydale

Wensleydale adalah keju British yang popular dan ia sering mengandungi buah kering seperti cranberi dan aprikot.

Foto UK
  • Kalori 385 kcal
  • Karbohidrat 0.1 g
  • Lemak 31.8 g
  • Protein 23.7 g

Ricotta

Terkenal kerana mempunyai beberapa manfaat kesihatan.Ia lebih rendah kalori daripada kebanyakan pilihan keju lain dan kaya dengan sumber protein.Versi ricotta rendah lemak sangat popular dikalangan atlet dan ahli bina badan kerana ketumpatan proteinnya yang mengagumkan.

Foto Epicurious
  • Kalori 174 kcal
  • Karbohidrat 3.0 g
  • Lemak 13.0 g
  • Protein 11.3 g

Dah kenal, jadi mana satu yang sedap? Sebenarnya ia agak subjektif kerana setiap individu miliki deria rasa yang berbeza.

Jadi, keju yang terbaik adalah yang paling anda enjoy makan!

RUJUKAN


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...