EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Lahir pelumba bertaraf dunia

0 month ago, 06-Nov-2019

NAMA seperti Marc Marquez dan Fabio Quartararo sangat sinonim dengan saingan MotoGP yang menyaksikan kedua-duanya mencipta nama di usia muda.

Pada usia 26 tahun, Marquez sudah mengecapi lapan kejuaraan dunia manakala Quartataro sudah mengendalikan jentera MotoGP pada usia 20 tahun.

Melihat kepada usia kedua-duanya yang hijau tetapi mampu mencipta nama dengan cepat, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil inisiatif memperkenalkan program Kejohanan MiniGP SIC.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, program yang terbuka kepada barisan pelumba berusia lapan hingga 13 tahun itu mempunyai laluan lebih jelas untuk seseorang pelumba memenuhi impian ke MotoGP.

Apabila kami memperkenalkan Program Impian ke MotoGP sebelum ini yang memfokuskan usia antara 13 hingga 15 tahun, kami mendapati pelumba di usia itu sudah agak lewat untuk diberi pendedahan.

Sebab itu kali ini kami memberi fokus kepada pelumba berusia antara lapan hingga 13 tahun bagi memberikan pendedahan lebih awal kepada mereka, katanya.

Justeru, Razlan berharap ibu bapa yang anak mereka terbabit dengan program itu perlu memahami risiko yang bakal dilalui oleh anak masing-masing.

Ibu bapa harus faham bahawa sukan permotoran berisiko tinggi kerana banyak insiden yang berlaku. Saya tidak mahu di kemudian hari nanti ada pihak yang mengkritik program ini berbahaya dan sebagainya. Sebab itu saya mahu memberi penjelasan lebih awal, katanya.

Jelas Razlan, program itu terbuka kepada semua pelumba muda yang berbakat dengan tarikh akhir pendaftaran pada 30 November ini.

Kemudian katanya, setiap peserta akan melalui proses pemilihan pada Disember dengan hanya 20 pelumba berbakat dipilih.

Pelumba terpilih ini akan beraksi lima pusingan perlumbaan di beberapa litar di negara ini dengan tiga pelumba terbaik berpeluang beraksi di pentas lebih tinggi, katanya.

Kejohanan itu akan menggunakan spesifikasi jentera berkuasa lebih besar berbanding pocket bike yang kebiasaannya digunakan di Eropah.

Untuk maklumat lanjut layari laman web www.sepangcircuit.com


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...