EdisiViral.Com Search Guest Post Login

PUMA X KARL LAGERFELD Kembali Lagi Dengan Pakaian Sukan Klasik & Dinamik

0 month ago, 11-Oct-2019

PUMA dan Karl Lagerfeld meneruskan kolaborasi bagi koleksi pakaian sukan untuk lelaki dan wanita. Menerusi kolaborasi ini PUMA dan juga Karl Lagerfeld ini, masing-masing menampilkan rekaan unggul dan dinamik dengan rekaan produk yang elegan, mewah dan klasik berserta beberapa produk terbaru yang lain di pasaran tempatan.

Kolaborasi kali ini membawakan elemen klasik, moden, mewah di samping mengekalkan keaslian PUMA. Koleksi PUMA X KARL LAGERFELD menawarkan produk must-have bagi wanita dan lelaki dengan memperkenalkan keunikan produk yang berkualiti tinggi, fabrik yang bermutu, perician yang teliti dan beberapa potongan baharu. Sekaligus menampilkan koleksi pakaian sukan dengan visual yang asli dan dinamik.

Foto PUMA

Mengekalkan elemen klasik PUMA ROMA, kombinasi PUMA X KARL LAGERFELD menampilkan pakaian sukan dengan rona warna hitam dengan kombinasi renda berwarna putih dan pada baju sukan berkenaan tertera perkataan KARL LAGERFELD yang begitu menonjol dan menyerlah!

Foto PUMA X KARL LAGERFELD

Manakala untuk rekaan seluar pula, ia tampil dengan warna hitam dengan potongan seluar yang lebar dengan butang tekan yang berwarna putih menjadikan seluar sukan ini gabungan rona warna hitam dan putih begitu artistik dan dinamik.

Foto PUMA X KARL LAGERFELD

Untuk tampil eksklusif dan bergaya, koleksi PUMA X KARL LEGARFELD kali ini menampilkan zip XTC berwarna hitam serta untuk memberi keselesaan di bahagian lengan baju, koleksi terbaru menggunakan rekaan batwing cuff yang elastik. Dan ianya hadir dengan rona warna berani dan terang seperti warna merah dan putih.

Foto PUMA X KARL LAGERFELD

Selain itu, PUMA X KARL LAGERFELD memperkenalkan PUMA CELL ALIEN dengan kombinasi rona warna azure blue, hitam dan kelabu gelap untuk baju sukan dengan sedikit gabungan warna putih dan merah. Manakala untuk seluar sukan pula ia tampil dengan rekaan elastik di bahagian hujung kaki seluar serta memiliki poket tepi seluar.

Foto PUMA X KARL LAGERFELD

Tambahan lagi koleksi terbaru ini juga memperkenalkan jaket sukan dengan dua tona warna iaitu merah dan hitam dengan logo yang berwarna putih menjadikan ia sebuah jaket yang unggul dan eye-catching!

Koleksi PUMA X LAGERFELD ini bermula pada harga RM149 dan hadir dengan pelbagai koleksi seperti kasut, jaket, seluar, hoodies dan kemeja-T serta aksesori. Untuk dapatkan koleksi ini, anda boleh kunjungi PUMA KLCC dan PUMA Sunway Pyramid bermula 12 Oktober 2019 ini.


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...