www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lactacyd Ajak Wanita Untuk Turut Cintai Miss V Sempena Hari Kekasih

0 month ago, 14-Feb-2019


Antara ilmu yang Wanista perolehi sewaktu hadir ke majlis perbincangan dan perkongsian ilmu untuk kempen Be The Best You on V Day yang dianjurkan Lactacyd semalam adalah rupanya faraj wanita adalah bersifat asidik!

Wanista pasti yang kamu tidak tahu akan fakta vagina yang itu kan? Ini kerana, ramai diantara kita terlalu asyik ingin mencuci bahagian intim dengan sabun dan sebagainya namun hakikatnya nilai pH yang seimbang untuk organ wanta yang diberi nama Vagina atau dalam bahasa melayunya dipanggil sebagai faraj itu adalah pH3.5. Ini menjadikan ia sesuatu yang bersifat asid dan memerlukan produk penjagaan yang benar-benar bersesuaian.

Bersempena sambutan Hari Kekasih sedunia yang bakal menjelang tiba esok, Lactacyd komited memberi kesedaran kepada wanita betapa kawasan intim juga memerlukan kasih sayang serta impak perhatian yang ideal dari pemiliknya.

Umumn ya, ramai wanita sering terlepas pandang tentang penjagaan faraj apabila tidak mencucinya secara praktikal bahkan kesalahan pemilihan seluar dalam juga menjadi keutamaan yang menyumbang kepada kemunculan kuman sehingga menyebabkan infeksi pada bahagian sulit tersebut.

Ketahuilah bahawa sabun badan dan syampu bukanlah pilihan tepat untuk menjadi produk pencuci faraj justeru adalah amat penting untuk kita memilih jenama terbaik seperti Lactacyd kerana ia telah diuji secara klinikal sebagai pembersih wanita terunggul sejak 30 tahun lalu.

Setiap satu produk Lactacyd telah diramu dengan sumber yang diambil dari susu termasuklah Lactic Acid dan Lecto Serum. Keduanya mampu mengawal keseimbangan pH faraj sekaligus memelihara kesihatanya. Hasilnya, tiada lagi masalah faraj berbau mahupun iritasi seperti kegatalan dan kekeringan.

Kesalahan Wanita Dalam Penjagaan Faraj

Menurut Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar yang merupakan seorang pakarObstetrik dan Ginekologi ini antara kesalahan yang sering dilakukan wanita terhadap penjagaan kawasan intim termasuklah:-

  • Mencukur habis bulu sekitar faraj meningkatkan risiko jangkitan kuman
  • Mencuci faraj dengan sabun badan dan syampu adalah tidak sesuai
  • Memakai seluar dalam jenis thong atau G String boleh mengakibatkan kuman yang terkumpul pada lubang punggung beralih ke kawasan lubang faraj. *** (kerana bahagian halus seluar dalam yang terselit di celah punggung dan celah faraj akan bergesel sepanjang masa).

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/pg/lactacydloveyourv]. Ingat, jangan asyik sayang kekasih je, sayangi juga kawasan intim kamu!??

BACA Kelebihan Pantang Bersalin 100 Hari Yang Ramai Tak Tahu



SUMBER : wanista.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts