EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kurung Anak Beruang Matahari, Penyanyi Zarith Sofia Didenda RM27,000

5 month ago, 16-Jan-2020

Sekitar tahun lalu, tular sebuah video seekor beruang matahari yang dilihat mengeluarkan bunyi bising sambil cuba keluar dari tingkap sebuah kondominium. Susulan itu, penyanyi rock yang juga bekas peserta program realiti Rockanova, Zarith Sofia Yasin ditahan pihak berkuasa kerana mengurung anak beruang matahari itu dan dia telah disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran Perhilitan.

Terbaru, Zarith Sofia didenda RM27,000 didapati bersalah mengurung anak beruang matahari oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu. Dia didenda sebanyak RM20,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan menyimpan manakala denda RM7,000 atau penjara empat bulan bagi pertuduhan mengurung haiwan itu.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes itu.

zarith sofia didenda kurung anak beruang

Penyanyi itu didakwa menyimpan seekor beruang matahari (Helarctos Malayanus) tidak matang iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 tanpa permit khas di kediamannya di Sentrio Pandan, Jalan 3/76D, Desa Pandan, di sini pada 8 malam, 6 Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 69(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

zarith sofia kurung anak beruangTerdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh dan dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Malah, niatnya hanyalah ingin menyelamatkan haiwan berkenaan dan tiada niat untuk mendapatkan sebarang keuntungan.

Namun, permohonan itu ditolak dan Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan Nazarudin Kamarudin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran terhadap Zarith Sofia.

Berita : BH ONLINE


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...