www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bila Dana Raya? : Kurangnya Suara Rakyat Pertikai

0 month ago, 17-May-2019


KUALA TERENGGANU Hak rakyat yang mempertikai dan mempersoal bila Dana Raya akan diagih, di era kerajaan PAS Terengganu sekarang kurang berbanding kerajaan dulu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan bantuan untuk sektor pertanian di bawah kerajaan lepas dinamakan Dana Usahawan Tani (DUTA) hanya memperuntukan sebanyak RM500 ribu sahaja.

Ada pula faedah yang perlu dibayar peminjam sebanyak 3%, (sebaliknya) Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) di bawah kerajaan baharu telah memperuntukan sebanyak RM5 juta, patuh syariah dan tanpa sebarang faedah, ujarnya yang dipetik di laman sosial miliknya pada 15 Mei.

Katanya,tahun ini saja seramai 25 ribu orang muda dapat manfaat Program Lesen Motosikal Percuma dimana kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM7 juta yang sebelum ini tiada pada kerajaan lepas.

Sebelum ini cukai pintu rumah kediaman kena bayar. Sekarang dikecualikan tak perlu bayar. RM15 juta duit rakyat diselamatkan setiap tahun dari membayar cukai pintu, jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri turut memberitahu Kad Sejahtera yang memperuntukkan RM 12 juta setahun untuk 20 ribu penerima.

Wad kelas 3 percuma memperuntukan RM 5 juta setahun. Semua di atas ini ialah inisiatif Kerajaan Terengganu sekarang, tambahnya lagi yang menyebut diantara usaha-usaha untuk membantu rakyat kurang berkemampuan hidup selesa.





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts