EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cara kumpul duit kahwin dalam masa 5, 6, atau 7 tahun. Anda nak buat yang mana satu?

0 month ago, 04-Dec-2019

Nak kumpul duit kahwin bukan perkara senang nak buat.

Mana tak. Korang sendiri dah sedia maklum berapa banyak dugaan yang ada.

Dengan kedai hipster, YES (Year End Sale, atau seangkatan dengannya), dan macam-macam lagi yang mampu buatkan proses mengumpul kecundang.

Tapi Tok percaya, selagi ada kemahuan dan impian, korang mesti berusaha sebaik boleh. Betul tak?

Kalau korang sanggup bertindak dan komited, amalkan tip ohsem yang Cikpuan Syafieqah Alya kongsikan ni.

Sewaktu memandu kereta semalam, terdengar di radio seorang anak muda yang berjaya kumpul duit untuk kahwin.

Dia ambil masa 10 tahun untuk kumpul RM25,000 hanya untuk berkahwin. Simpanan ni bermula dari tahun 2005.

Kalau nak kira:

  • RM25,000 / 120 bulan = RM208 sebulan (ni kiraan secara kasar tau).

Saya pinjam case study di atas untuk kira bagaimana nak dapatkan jumlah ni (RM25,000) kurang dari 10 tahun.

Strategi #1: Raikan kuasa dividen yang ada dalam pelaburan ini

Korang apply ASB Financing RM30,000 @ RM165 sebulan (tak termasuk Takaful). Cuba maintain-kan dividen korang dalam buku ASB tu tanpa usik langsung.

Intai pun jangan kalau iman korang tak kuat. Hehe.

Hasil selepas 5 tahun adalah baki prinsipal RM2,374 + dividen terkumpul RM12,570 = RM14,944.

Dalam masa yang sama, korang juga disarankan buat back up plan untuk simpanan kecemasan.

Contohnya, simpan RM150 sebulan di dalam buku ASB. Selepas 5 tahun hasilnya adalah RM10,807.

Jumlah simpanan keseluruhan RM25,571 (RM14,944 + RM10,807).

Strategi #2: Tak mampu nak buat strategi #1? Boleh gunakan strategi mudah ini

Rasa tak yakin mampu melabur dalam ASB Financing?

Takpe. Korang boleh je simpan duit kat Tabung haji dengan pulangan dividen 5%. Simpan RM300 sebulan.

Dalam masa 6 tahun, hasil simpanan adalah RM25,145.

Strategi #3: Yang ini, pasti semua orang mampu buat

Korang malas nak fikir. Korang rasa, simpan kat mana pun sama je.

Korang rasa lebih baik simpan dalam bank dan buat saving biasa. Bila-bila masa boleh bawa keluar (tapi elakkan bawa keluar la. Kalau tak, tak kahwin korang nanti).

Saya ambil purata pulangan 1% setahun. Korang saving RM280 sebulan dalam tempoh 7 tahun, hasil yang bakal korang dapat adalah RM24,368.

Korang kata, tulis senanglah. Cuba buat dan kekal disiplin itu susah bak kata korang.

Sebab tu, orang kata ASB Financing merupakan tools untuk force saving buat mereka yang susah nak menyimpan.

Gunakan konsep save & forget. Takdelah asyik terfikir bila simpanan dah banyak mula lah nak tukar sport rim tayar dan travel oversea tak balik-balik.

Korang ada strategi yang lebih baik? Jangan buang masa dan terus buat. Sekurang-kurangnya, korang bermula dari sekarang dari takde sebarang simpanan langsung.

Selamat mencuba.

Kalau mampu, Tok sarankan korang kahwin awal. Sebab ini salah satu pembuka rezeki yang terbaik dalam dunia.

Bukan Tok cakap tau. Ini janji yang Allah S.W.T bagi kat hamba-Nya (dan janji Allah itu pasti, kan?).

Berusaha sehabis dan sebaik boleh. Tok percaya korang mampu buat. Ameen.


SUMBER : gilahartanah.com



Live Website Traffic


loading...