www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kumpul wang RM4,000 dalam masa setahun, seorang netizen membuktikan kaedah menabung yang dilakukannya amat berkesan!

0 month ago, 11-Jan-2019


Peribahasa "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" amat sinonim dengan amalan menabung. Sejak di bangku sekolah lagi, kita dididik untuk menabung dan bermacam-macam aktiviti dijalankan untuk memupuk amalan ini.

Amalan menabung ini perlu dipupuk sejak kecil supaya sikap suka menabung itu akan menjadi kebiasaan apabila dewasa kelak. Antara faedah menabung ialah dapat membendung diri kita daripada membazir atau boros berbelanja. Selain itu, hasil tabungan secara sedikit-sedikit itu boleh digunakan untuk menampung keperluan pada masa akan datang.

Terdapat banyak kaedah menabung dengan cara yang mudah dan berkesan. Seperti seorang pengguna Facebook Wan Nor Adilah, dia telah berkongsi cara-cara menabung yang dilihat begitu bijak. Namun menurutnya, tekad yang tinggi amat diperlukan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Mari lihat bagaimana kaedah menabung Wan Nor Adilahselama setahun yang ternyata berkesan dan memberikan hasil yang cukup lumayan!

MenurutWan Nor Adilah atau lebih mesra disapa Ummi, dia menyimpan wang bermula 01 Januari sehingga 31 Disember 2018 dengan jayanya. Pada tahun 2017 lalu, usahanya gagal kerana pada bulan Mei tahun yang sama, dia telah menggunakan wang tabungan tersebut.

Bermula tahun 2018, Ummi bertekad untuk tidak menggunakan langsung wang tersebut. Ummi begitu gigih menyimpan wang hasil daripada perniagaan menjual kek selain bermain 'kutu duit'.

Ummi juga turut merekodkan setiap simpanan yang dilakukannya di dalam buku. Dengan cara itu, dia dapat mendidik dirinya untuk lebih berdisiplin dalam menabung.

RM1: Ummi menyimpan RM1 setiap hari. Dalam masa setahun, dia dapat mengumpul RM400.00.

RM5 & RM10: Setiap minggu Ummi menyimpan 2 keping dan jumlah wang terkumpul dalam setahun ialah RM1,640.00.

RM20: Setiap bulan Ummi menyimpan 2 keping dan pada akhir tahun jumlahnya ialah RM500.00.

RM50: Ummi menyimpan sekeping setiap bulan genap iaitu pada bulan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember. Wang yang terkumpul berjumlah RM300.00.

RM100: Disimpan pada bulan ganjil iaitu pada Januari, Mac, Mei, Julai, September dan November. Jumlahnya ialah RM600.00.

Bagi duit syiling pula, jika ada Ummi akan menyimpannya di dalam tabung.

Hasil daripada menabung dengan menggunakan kaedah ini, Ummi dapat mengumpul wang kertas berjumlah RM3,440.00 manakala duit syiling pula berjumlah RM634.00. Maka jumlah ialah RM4,074.00. Satu jumlah yang besar! Menurut Ummi lagi, dia akan meneruskan kaedah ini untuk tahun 2019 pula.

Bagi sesiapa yang 'liat' untuk menyimpan, mungkin boleh mencuba kaedah menabung ini supaya anda pun akan turut merasai hasil simpanan yang lumayan seperti Ummi.

: Facebook | Wan Nor Adila

Kumpul wang RM4,000 dalam masa setahun, seorang netizen membuktikan kaedah menabung yang dilakukannya amat berkesan! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts