EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kulit Anda Mudah Lebam Tanda Anda Kekurangan Vitamin C Dalam Tubuh

0 month ago, 27-Nov-2019


Mungkin ramai dikalangan kita yang mempunyai masalah lebam di beberapa bahagian badan. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa kesan lebam tersebut akibat daripada perbuatan makhlus halus. Sebenarnya, kesan lebam tersebut adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C dalam badan.

Ramai yang ambil mudah dengan keperluan vitamin C dalam tubuh, tahukah anda bahawa vitamin C sangat penting untuk tubuh badan anda.

Terdapat banyak alasan untuk memastikan keperluan Vitamin C dalam tubuh anda dipenuhi. Akibat kekurangan Vitamin C, tubuh akan kekurangan nutrien dan ia akan menjadikan tubuh lebih lemah dalam beberapa aspek.

Seperti yang diketahui, vitamin C yang banyak terdapat dalam buah oren dan kiwi ini berfungsi sebagai antioksidan, dan ia boleh meningkatkan daya tahan tubuh malah membantu dalam proses pemulihan.

Vitamin C Dalam Makanan

Walau bagaimanapun, vitamin yang kerap disebut sebagai asid askorbik ini merupakan nutrien yang mudah larut dalam air dan tidak dhasilkan sendiri oleh tubuh.

Jadi, bagi mendapatkan Vitamin C, anda perlu mengamalkan pengambilan beberapa sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.


Masalah Neurologi Otak

Hasil kajian dalam Jurnal Neochemistry edisi Oktober 2012 mendapati, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penurunan kadar glukosa darah, kerosakan oksidatif lipid dan protein dalam korteks.

Selain itu, ia juga mengakibatkan penurunan metabolit dan serotonin di kedua-dua bahagian korteks dan striatum otak. Dengan kata lain, hal ini menunjukkan bahawa telah terjadi kerosakan neurologi, yang tentunya tidak boleh dianggap ringan!

Apa Yang Berlaku Pada Tubuh Akibat Kekurangan Vitamin C?

Sekiranya kita kekurangan Vitamin C dalam pengambilan makanan seharian, tubuh manusia akan memberi beberapa reaksi yang ketara. Berikut merupakan beberapa kesan kekurangan nutrien penting ini:

1. Penyakit Kudis

Salah satu penyakit yang boleh berlaku akibat kekurangan Vitamin C adalah penyakit kudis. Antara gejalanya adalah mudah mendapat lebam, pendarahan dan sakit sendiri serta otot.

Anda perlu mengamalkan pengambilan suplemen yang kaya dengan Vitamin C dan yang pastinya, makan lebih banyak makanan sebenar yang kaya dengan nutrien ini.

2. Keletihan, Kurang Tenaga Yang Boleh Menyebabkan Masalah Tekanan.
Vitamin C berfungsi untuk menguatkan tulang. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan penurunan berat badan secara drastik, jadi tidak hairanlah jika individu yang kekurangan Vitamin C lebih cenderung mengalami keletihan berpanjangan, kurang tenaga dan sering mengalami stress!

3. Kulit Lebam

Bila tubuh kekurangan Vitamin C, ia lebih mudah terlihat melalui perubahan pada kulit. Biasanya, kulit akan lebih mudah menjadi lebam dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Malah, keadaan luka ringan juga akan lambat pulih secara semula jadi menunjukkan seseorang itu memerlukan pengambilan Vitamin C yang lebih banyak.

4. Sakit Sendi

Jika anda sering sakit sendi, ia mungkin petanda yang anda kekurangan vitamin c! Malah sakit kudis yang parah juga boleh menyebabkan pendarahan dalam sendi, yang menjadikan rasa sakit yang amat!

5. Pendarahan Gusi, Gigi Tanggal, atau Gingivitis

Vitamin C sangat diperlukan untuk menghasilkan kolagen.

Sekiranya Vitamin C kurang dalam tubuh badan, maka kolagen yang diperlukan untuk membangun dan memelihara jaringan gigi dan gusi tentu saja tidak boleh dipenuhi dan menyebabkan gigi menjadi rapuh!

6. Perubahan Suasana Hati

Hati-hati, akibat kekurangan Vitamin C anda mungkin mengalami mood yang sering berubah, mudah beremosi, dan cepat melenting!

7. Anemia

Anemia merupakan tanda lain dari berkemungkinan dari kekurangan Vitamin C.  Individu yang kekurangan Vitamin C juga mudah jatuh sakit kerana sistem kekebalan tubuhnya yang semakin lemah.

Jadi, anda harus sentiasa amalkan makanan sumber vitamin c setiap hari ya! Semoga bermanfaat.

9 Jenis Buah & Sayur Lebih Tinggi Vitamin C Berbanding Oren.

1. Jambu Batu
2. Brokoli
3. Betik
4. Strawberi
5. Kobis Bunga
6. Nanas
7. Kiwi
8. Kale
9. Lada Benggala

: theasianparent.com via https://bukanaku.com



Live Website Traffic


loading...