EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kulit Jerawat Kerana Hormon, 5 Face Oil Boleh Bantu Merawat

0 month ago, 08-Jun-2021

Kulit naik jerawat kerana hormon? Bukan anda seorang, penulis pun kerap mengalaminya, lebih-lebih lagi bila datang bulan. Jerawat yang tidak diundang mulalah datang menziarahi.

Hormonal acneatau jerawat hormon merujuk kepada jerawat yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia disebabkan oleh akil baligh, menopaus, haid dan juga gangguan hormon sepertiPCOS.

Kebanyakannya muncul di dagu, hidung dan dahi.Jerawat hormon dicirikan oleh jerawat yang penuh dengan nanah yang menyakitkan. Ia juga boleh muncul sebagai jerawat kecil yang kelihatan seperti ruam. Selalunya meninggalkan parut dan tanda pada kulit.

Face Oil Terbaik Untuk Merawat Jerawat Hormon

Nak tahu minyak penjagaan kulit juga boleh membantu menghilangkan dan mengecut.

Cari minyak penjagaan kulit yang semula jadi mempunyai sifatastringen, tidak menyumbat liang dan membantu menyahtoksin dan membersihkan toksin.Berikut adalah face oil yang berkesan untuk jerawat hormon.

Black Seed Oil

Foto Pinterest

Black seed oil mempunyai sifat antibakteria yang kuat.Sangat bagus untuk menyahtoksin dan membersihkan toksin dari kulit. Minyak ini membantu membersihkan jangkitan dari jerawat yang menyakitkan.

IKLAN

Argan Oil

Foto Pinterest

Salah satu minyak terbaik untuk jerawat adalah minyak argan. Ia tidak akan menyumbat liang pori, menghidrat kulit yang mudah berjerawat dan mempunyai tekstur yang halus.

Rosehip Oil

Foto Arkib Wanista

Diekstrak darirosehip, minyak ini sangat bagus untuk membersihkan parut jerawat. Ia membantu parut jerawat hormon hilang dengan lebih cepat. Ia juga mempunyai kandungan linoleic acid rendah yang baik untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak / berjerawat.

Evening Primrose Oil

Foto Wellness

Minyak ini bagus untukmengatur hormon. Ia boleh disapu terus ke kulit dengan menusuk kapsul dan menggosokkan minyak pada kulit secara langsung. Ia juga baik untuk sebum tidak melekit yang sihat yang tidak menyumbat liang.

Safflower Oil

Minyak ini mempunyai peringkat komedogenik yang kosong. Ia membantu mengimbangi minyak semula jadi pada kulit tanpa menyumbat liang.

Foto Amazon

Walau bagaimanapun, jika kulit mengalami reaksi serta alahan bila memakai face oil, lakukan rutin penjagaan di bawah boleh membantu.

  • Basuh muka pada waktu pagi dan petang.
  • Jangan pakai produk terlalu kerap, ia boleh mengeringkan kulit danmeningkatkan kegatalan.
  • Pakai pelindung matahari setiap hari.
  • Gunakan hanya produk bukan komedogenik untuk mengurangkan risiko pori tersumbat.

Selamat beramal!

RUJUKAN :1,2



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...