EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kucing Tarik Muka Lepas Di Selamatkan Oleh Abang Bomba

0 month ago, 22-Nov-2020

Buat peminat haiwan pasti selalu tengok video haiwan selalu dalam masalah kan terutamanya kucing, ada saja hal yang dibuatnya, betul tak? Tapi, situasi kali ni lain pula jadinya.

Baru-baru ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seekor kucing selepas dikatakan gagal turun dari memanjat sebatang pokok di kediaman tuannya itu di Subang Jaya.

Kredit: Facebook/@BombaMalaysia.syed

Namun, tidak menyangka gelagat kucing tersebut membuatkan ramai yang terhibur selepas beberapa foto dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Selasa lepas.

Kredit: Facebook/@BombaMalaysia.syed

Kucing tersebut yang diberi nama Uteh terlihat seakan tidak menyukai apabila dirinya diselamatkan oleh 2 orang abang bomba.

Menerusi foto tersebut, reaksi kucing itu seperti bermasam muka sambil dipegang oleh salah seorang anggota bomba ketika itu.

Biarpun begitu, rata-rata ramai yang terhibur dengan respon yang diberikan oleh kucing berkenaan hingga ada yang memberikan komen-komen yang melucukan.

Kredit: Facebook/@BombaMalaysia.syed
Kredit: Facebook/@BombaMalaysia.syed

Haih kucing-kucing, lain kali jangan lupa ucap terima kasih orang dah selamatkan. Ini tidak buat muka mencuka ya!



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...