EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kucing kudung beri ciuman sebagai tanda penghargaan kepada wanita yang menjaganya

0 month ago, 15-Sep-2020

Kita sudah biasa melihat gambar atau video kucing-kucing yang comel dan berbulu tebal. Kegebuan dan sifat yang manja ini membuatkan ramai yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan kesayangan. Namun, kita juga harus memikirkan tentang nasib kucing malang yang tidak memiliki kesempurnaan fizikal.

Tidak kiralah sama ada kucing-kucing ini dilahirkan tidak sempurna atau mengalami kecacatan akibat kemalangan, haiwan ini tetap comel di mata kita semua.

Pada 11 September yang lalu, satu akaun Facebook iaitu BERUSSAtelah memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang wanita bersama kucing peliharaannya. Video berdurasi 2 minit 41 saat itu menunjukkan wanita terbabit sedang memakaikan lampin pakai buang pada kucing yang comel itu.

Dalam video ini juga anda boleh melihat kucing ini kudung pada bahagian kaki belakangnya dan harus diberikan sepenuh perhatian oleh tuannya. Lihatlah betapa eratnya wanita itu merangkul haiwan kesayangannya sambil memakaikan si comel ini dengan lampin.

Apa yang lebih menyentuh hati pada video ini bukan sahaja kesabaran wanita terbabit dalam menjaga kucing kudung tersebut tetapi juga kasih sayang yang ditunjukkan oleh kucing berkenaan terhadap tuannya.

Setiap kali kedua-duanya berpelukan, wanita ini tidak lupa untuk memberikan ciuman mesra sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap si comel itu. Malah, kucing berkenaan turut membalas dengan menggeselkan wajahnya pada wajah wanita tersebut.

Lihatlah riak wajah kucing ini yang begitu tenang ketika dijaga dengan penuh kasih sayang oleh tuan kesayangan...

Sebaik sahaja dipakaikan lampin, kucing ini terus memalingkan badannya menghadap wanita tersebut untuk memberikan ciuman. Haiwan pun pandai menghargai individu yang menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

Haiwan ini mungkin cacat tetapi kaya dengan sifat kasih sayang. Bertuah sungguh kucing ini kerana ditakdirkan untuk hidup bersama dengan wanita tersebut. Semoga kedua-duanya akan terus hidup bahagia bersama dan memuat naik lebih banyak video comel untuk tontonan ramai agar ia boleh dijadikan sebagai satu inspirasi untuk kita semua.

Kucing kudung beri ciuman sebagai tanda penghargaan kepada wanita yang menjaganya Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...