EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kucing ini begitu manja dengan tuannya sehingga dituduh perampas oleh isteri tuannya

0 month ago, 15-Sep-2020

Setiap kucing dilahirkan untuk memiliki personaliti yang tersendiri. Ada segelintir kucing yang memiliki sifat garang dan tidak mesra dengan manusia, ada juga kucing yang terlalu lincah dan aktif sepanjang masa serta kucing yang mahu bermanja 24 jam seperti kucing ini

Jika wujud anugerah untuk kucing paling manja di dunia, ianya pasti dimenangi oleh si comel ini. Malah, kucing ini begitu manja dengan tuannya sehinggakan ia hampir-hampir mahu mengambil alih dan menggantikan tempat isteri tuannya

Kenali Jarvis, seekor kucing gebu yang sangat obses dengan pemiliknya. Menerusi perkongsian di Facebook oleh Nasrin Hami, beberapa gambar memaparkan Jarvis bermanja dengan tuannya telah menjadi tular di seluruh media sosial.

Dengan kapsyen,Kucing ini merampas suami saya,perkongsian tersebut sehingga kini telah hampir 80,000 jumlah perkongsian dengan lebih 18,000 komen.

Ke mana sahaja tuannya berada, psti Jarvis akan menempel bersama. Tidak kiralah sama ada ketika berada di meja makan, atas katil mahupun bermain permainan di telefon, Jarvis akan memastikan tuan kesayangannya dilimpahi dengan kasih sayang sejati daripadanya.

Apa yang lebih melucukan adalah Jarvis sentiasa dan wajib memegang tangan tuannya terutamanya di hadapan Nasrin. Lihatlah betapa bangganya riak wajah Jarvis seolah-olah ingin memberitahu bahawa lelaki itu telah tertawan dengan kecomelannya!

Mungkin riak wajah yang diberikan itu adalah sebagai satu petunjuk supaya Nasrin tahu kedudukannya dan tidak cuab untuk merosakkan hubungannya dengan lelaki tersebut

Bagaimanapun, memetik kenyataan Nasrin menerusi Bored Panda, dia menjelaskan bahawa meskipun Jarvis memiliki wajah seperti itu, kucing yang comel ini sangat manja dengannya mahupun dengan mana-mana individu.

Cemburu pula melihat seekor kucing yang begitu manja seperti Jarvis. Sudahlah berbadan gempal dan gebu, pasti seronok jika setiap hari dimanjakan oleh kucing yang secomel Jarvis!

Maybe you're interested :


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...