EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suka Kucing? Ini Antara Baka Kucing Popular Yang Boleh Dibela Oleh Pencinta Kucing

0 month ago, 13-May-2022

Mungkin ramai di luar sana yang sedang memikirkan untuk membela kucing sebagai peneman, hobi ataupun kerana cinta terhadap makhluk Tuhan tersebut.

Berikut merupakan baka-baka kucing yang comel dan pastinya akan disukai oleh pencinta-pencinta kucing di luar sana.

Advertisement

5. Maine Coon

Maine Coon adalah kucing yang dikenali kerana saiznya yang besar dan merupakan salah satu baka tertua di benua Amerika Utara. Ia juga merupakan baka yang senang untuk dilatih dan dikenali sebagai kucing yang mempunyai kelakuan seperti anjing dan sangat rapat dengan manusia.

4. Kucing Parsi

Advertisement

Kucing ini adalah salah satu baka kucing yang sangat ‘famous’ dalam kalangan pencinta kucing. Kucing parsi mempunyai bulu yang tebal dan perlu didandan sekurang-kurangnya sekali untuk mengelakkan bulunya daripada bersimpul.

3. British Shorthair

Kucing ini seringkali muncul di dalam televisyen, filem dan juga buku. Kucing ini telah berubah dari zaman ke zaman dari segi ketebalan bulunya kerana telah dikacukkan dengan baka kucing parsi.

2.Kucing Ragdolls

Salah satu baka kucing yang juga mempunyai personaliti seperti anjing membuatkannya mudah untuk dilatih dan sangat bagus untuk kanak-kanak kerana sikapnya yang manja dan suka bermain.

Advertisement

1.Kucing Shorthair Exotic

Kucing ini merupakan kucing yang paling popular di negara Amerika Syarikat. Kucing ini seperti kucing parsi tetapi sedikit berbeza dari segi bulunya membuatkan ramai pencinta kucing memilih untuk membela baka ini kerana lebih senang dijaga daripada kucing parsi yang perlu didandan secara kerap.

perpustakaan cantik
2 jam lalu

"Ini 'Library' Ke Istana?" - Jom Kenali 5 Perpustakaan Tercantik Di Dunia Ini!

Suka Kucing? Ini Antara Baka Kucing Popular Yang Boleh Dibela Oleh Pencinta Kucing first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...