EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kubur warna warni elak stigma seram

0 month ago, 28-Jun-2020

Jakarta: Tanah Perkuburan di Kota Madiun dicat warna-warni dan kelihatan indah bagi mengelak stigma masyarakat kubur adalah tempat menyeramkan.

Pengurus tanah perkuburan itu, Gunawan berkata, mereka mengecat batu nisan di kubur itu sebagai inisiatif menjaga kebersihan dan menghilangkan persepsi seram.

"Kami menggunakan 50 liter cat untuk mengecat seluruh kubur dalam tempoh sebulan.

"Tidak hanya dicat, bagi mengindahkan lagi persekitaran kami menanam beraneka bunga sekitar kubur," katanya.

Gunawan berkata, mereka mendapat kebenaran daripada keluarga setiap pemilik kubur.

"Malah, ada keluarga yang datang membantu mengecat kubur ini," katanya.

Katanya, selepas dicat, tanah perkuburan berkenaan kerap dikunjungi orang ramai untuk mengambil gambar.

"Kubur ini akan diterangi lampu setiap malam menyebabkan orang ramai tidak seram untuk datang," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...