EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kuala Kangsar Bandar Diraja

0 month ago, 19-Nov-2020

Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan.

Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik.

Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh, Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai.

Cakap-cakap juga mengatakanterdapatnya 99 anak sungai dan kurang satu kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa.

Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui Exit 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan atau menggunakan kemudahan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput, Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salam Lintang dan Lasah.

Bandar Sungai Siput merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar.

Aktiviti ekonomi utama masyarakat disini adalah aktiviti pertanian.

Terdapat 10 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu :

  1. Mukim Chegar Galah
  2. Mukim Kota Lama Kiri
  3. Mukim Lubok Meghobo
  4. Mukim Kampung Buaia
  5. Mukim Senggang
  6. Mukim Sayong
  7. Mukim Kota Lama Kanan
  8. Mukim Kota Lama Kiri
  9. Mukim Sungai Siput
  10. Mukim Pulau Kemiri

SULTAN PERAK DAN RAJA PERMAISURI

Sebut aje Kuala Kangsar Bandar Diraja, apa kata kita berkenalan dahulu dengan Sultan Perak.

Sultan Perak ke-35, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah diputerakan pada 27 November 1956 di George Town, Pulau Pinang.

Baginda merupakan anakanda pertama dan putera sulung kepada Sultan Perak ke-34, Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlahbersama Tuanku Siti Bainun Mohd Ali.

Pada tahun 2008, Raja Nazrin Shah mengambil alih tugas paduka ayahanda baginda sebagai Pemangku Raja Perak akibat gering.

Setelah separuh dekad memegang jawatan sebagai Pemangku Raja, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mangkat pada 28 Mei 2014.

Pada hari yang sama, keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara Perak dan mencapai kata sepakat menamakan Raja Nazrin Shah dengan nama Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang baharu.

Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Perak sehari selepas kemangkatan Al-Marhum Paduka Ayahanda Baginda pada hari Istiadat Pemakaman Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Disini dicoretkan juga sedikit latar belakang pendidikan baginda.

Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari Darjah 6 hingga Tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.

Baginda kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Baginda ialah Felow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College dan St Edmunds College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Felow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia.

Felow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia, Felow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada 14 Ogos 2014, baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011.

Dilahirkan pada 22 Mac 1973, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim merupakan permaisuri kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah danRaja Permaisuri Perak yang dimasyhurkan pada 20 Jun 2014.

Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, baginda permaisuri yang terkenal dengan jolokan beauty with brain Tuanku Zara Salim iDavidson ke Britain melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.

Merupakan bekas perenang Perak, Tuanku Zara yang turut digelar Kate Middleton Malaysia juga mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak.

Raja permaisuri pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus produk di Kerteh, Terengganu.

Selain itu, raja permaisuri juga pernah menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Perisian dan Kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur.

Daulat Tuanku…

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Kuala Kangsar Bandar Diraja The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...