EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kristina 'balas dendam' Caroline

0 month ago, 12-Sep-2019

PEMAIN bukan pilihan Kristina Mladenovic mengalahkan bekas gandingannya Caroline Garcia pada perlawanan dendam dua pemain Perancis pada Terbuka Zhengzhou dekat Shanghai, hari ini.

Pasangan itu yang memenangi acara beregu wanita pada Terbuka Perancis 2016, berpisah setahun kemudian selepas Caroline tidak mahu lagi bergandingan.

Kristina kemudian menyatakan dia kecewa dengan cara Caroline memberitahu wartawan mengenai pemecahan gandingan mereka.

Namun pemain berusia 26 tahun itu berjaya membalas dendam pada kejohanan di tengah China dengan kemenangan 7-5, 6-2 pada pertembungan pusingan 16 terakhir.

Caroline, 25, adalah pemain pilihan kelapan di Zhengzhou.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 12:03 AM


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com