EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rody Kristal tak berani cakap banyak, hanya doa Lan Solo dan Siti Nordiana berdamai

0 month ago, 31-Aug-2021

Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody berharap kes saman antara sahabatnya iaitu Lan Solo, Siti Nordiana dan beberapa individu lain dapat diselesaikan dengan baik.

Menurut Rody atau nama sebenar Mohd Rodi Baharudin, walaupun tidak mengetahui punca sebenar konflik antara rakan-rakannya itu namun dia menasihatkan agar mereka membuang ego dan berdamai.

Mereka adalah rakan-rakan saya sejak zaman sekolah... zaman Kristal muncul dulu, kita tak tahu apa sebab terjadi benda ini. Tak tahu apa masalah dalaman mereka.

Yang penting kita harap mereka semua berdamai... ego tu buang la macam lagu Terpisah, boleh baca liriknya. Dalam kehidupan kita ini kalau boleh saling memahamilah, ujarnya kepada mStar.

Bercakap tentang Ewal sebagai vokalis baharu kumpulan Kristal, Rody berkata dia sudah lama mengenali penyanyi itu sejak kecil.

Saya kenal Ewal daripada dia budak lagi, masa tu saya suka ke studio Ali XPDC untuk berlatih... saya nampak dia memang budak rock.

Kita nampak dia punya karisma sebab sebelum ini kita ada buat YouTube jamming, Ewal terlibat dan dia hafal kebanyakan lagu Kristal. katanya.


SUMBER : dailymotion



Live Website Traffic


loading...