www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Krisis Rumahtangga: Noryn Aziz kuatkan diri, takkan 24 jam nak termenung!

0 month ago, 08-Nov-2018


MESKIPUNberdepan krisis rumah tangga, penyanyi Noryn Aziz berkata emosinya masih stabil dan ia sama sekali tidak mengganggu perjalanannya di pentasGegar Vaganza.

Menurut Noryn, 41, dia sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dikelilingi individu yang sentiasa memberi sokongan ketika dia melalui saat getir itu.Tipulah kalau kata tak rasa apa, cuma saya dah pesan pada diri untuk fokus dalam pertandingan itu dan tidak letakkan bebanan sepanjang masa, sedangkan saya boleh jadi lebih baik daripada termenung 24 jam yang mana masa itu tidak akan kembali lagi.

Noryn enggan mengulas lanjut tuntutan yang dibuat suaminya. Foto: Low Boon Tat

Saya kena sentiasa berfikiran positif dan bina keyakinan diri. Sejujurnya, saya sangat bertuah dikelilingi orang yang sentiasa ada untuk memberi kata-kata semangat.

Alhamdulillah, saya ada pengurus, ibu bapa dan peminat yang sentiasa memberi sokongan. Selama 20 tahun saya dalam industri, walaupunon offtapi mereka tetap di sisi, katanya kepadamStar Online.

Noryn bergabung suara dengan Siti Sarah dan Misha dalam Konsert Soul Sisters.

Noryn ditemui semasa sidang mediaKonsert Soul Sistersyang diadakan di Acme Bar Cafe, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dia bersama Siti Sarah Raisuddin dan Misha Omar bakal bergabung suara dalamKonsert Soul Sistersyang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 5 dan 6 April tahun depan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya itu.

Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, pada Julai lalu.

Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie, Norhakimah Awang pada 10 Oktober lalu.

Norhakimah kemudian menetapkan 18 Disember depan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi laguFantasi O Realitiini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kes tersebut kerana ia masih dalam proses mahkamah.

Sebenarnya saya bukan tak nak cerita tapi tak boleh nak kongsi sebab masih dalam proses mahkamah dan peguam nasihat saya untuk tidak bercakap mengenai hal ini kerana bimbang saya tersilap kata.

Buat masa ini saya tenang sahaja kerana saya pun tengah nak bina karier untuk teruskan hidup. Saya kena kuat. Kita tunggu keputusan yang akan dikeluarkan mahkamah nanti, katanya.

Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz dan Raja Kamarul Bahrin diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia empat tahun.

Beri Saya Masa - Noryn Aziz Sebak Ulas Isu Penceraian

Terdahulu awal April tahun ini, Penyanyi Noryn Aziz enggan mengulas isu penceraiannya dengan suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.Terdahulu, Noryn dan suami dikatakan telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada 1 April lalu untuk menghadiri sesi majlis sulh pertama.

Seperti yang dilaporkan, semuanya benar belaka. Namun begitu, saya enggan mengulas lanjut mengenai isu ini. Buat masa ini saya tak boleh cerita, minta maaf sangat.

Saya perlu masa dan ruang sendiri. Saya tak boleh komen sangat mengenai perkara ini. Saya harap semua faham, kata Noryn yang sebak dan mengalirkan air mata.

Buat masa ini, Noryn yang popular menerusi lagu Fantasi O Realiti ini meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi seperti biasa.

Buat masa ini, apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk memberi fokus kepada kerjaya. Saya tak mahu membesarkan perkara ini.

Ini bahagian peribadi saya dan tak semua perkara saya boleh kongsi. Saya mahu fokus kerja dan saya memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu peribadi. Saya mohon maaf, katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Sherry Scarves di Mercu Mustapha Kamal, Damansara Persana sebentar tadi.

Menerusi laporan media sebelum ini, suami Noryn mengesahkan permohonan penceraian mereka difailkan sejak tahun lalu, namun dia enggan berkongsi tarikh tepat.

Difahamkan, proses sulh Noryn dan suami akan berlangsung sekali lagi di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd Aziz dan suami bernikah pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah, 4.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

: mstar / gempak



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts