www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kreativiti wanita ini mengait sehingga hasil seninya kelihatan seperti makanan laut sebenar, wajar dikagumi

0 month ago, 14-Feb-2019


Jika anda mahu mengembangkan lagi potensi diri, anda disarankan untuk keluar daripada zon selesa. Itulah kata-kata motivasi yang diamalkan oleh pereka pakaian yang dikait ataupun disebut knitwear, Kate Jenkins yang sudah pun selesa dengan kerjanya namun memutuskan untuk mencari cara baru bagi mengekspresikan cintanya pada benang bulu biri-biri, tekstil dan warna.

kjcardigan

Saya akan selalu mengait sejak saya diajar mengait oleh emak dan nenek ketika masih kecil lagi dan saya terus menjadikan aktiviti mengait ini sebagai satu profesyen iaitu sebagai pereka knitwear dan sebagai seorang seniman, jelas Kate.

kjcardigan

Kombinasi daripada minatnya pada kecantikan sesetengah perkara, maka terhasil lah seni mengait makanan laut. Sangat kreatif dan lain daripada yang lain! Hal ini kerana, orang lain tidak pernah terfikir pula untuk mengait makanan laut sebegitu.

kjcardigan

Idea membuatnya timbul bertahun-tahun dan saya telah menjelajah bagi melihat sendiri bagaimana ikan dipertontonkan di beberapa negara lain, termasuklah di United Kingdom, Perancis dan Jepun. Saya juga telah diberikan peluang untuk mempamerkan hasil seni saya pada The Knitting and Stitching Show yang diadakan di Alexander Palace, London pada tahun 2015. Maka, bermulalah projek seni saya yang memakan masa 9 bulan bagi menghasilkan keseluruhan kaunter ikan. Saya juga turut terlibat untuk memahami karakter dan berpakaian sebagai penjual ikan bagi melengkapinya.

Saya sentiasa terpesona dengan ikan dan menghabiskan beberapa tahun untuk cuba menjadikan ia kelihatan lebih realistik menggunakan benang dan labuci. Amat menyeronokkan apabila saya berjaya menyempurnakan sesetengah jenis ikan, krustasea dan cephalopod. Saya akan terus mencari cara untuk membaiki teknik saya, tambah Kate lagi.

kjcardigan

Menurut Kate, menu makanannya akan ditambah pada masa akan datang. Ketika ini saya sedang dalam kerja-kerja mengait menu bakeri pula dan ia akan dilancarkan pada festival Handmade di Barcelona pada bulan Mei nanti. Apa yang sedihnya, tiada ikan untuk pertunjukan itu, sebaliknya memerlukan roti dan kek, akhirinya.

kjcardigan

kjcardigan

kjcardigan

kjcardigan

kjcardigan

kjcardigan

Untuk melihat hasil seninya yang lain lawatikatejenkinsstudio.co.uk|Instagram|Facebook.

Kreativiti wanita ini mengait sehingga hasil seninya kelihatan seperti makanan laut sebenar, wajar dikagumi Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts