EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Idea kreatif guna dron pikat wanita

8 month ago, 26-Mar-2020

NEW YORK: Ancaman wabak Covid-19 memaksa orang ramai mengehadkan pergerakan selain mengamalkan jarak sosial antara satu sama lain.

Namun, situasi itu tidak membataskan hasrat seorang pemuda dari Brooklyn, Jeremy Cohen berkenalan dengan gadis diminati walaupun tidak dapat bersua muka.

India Today melaporkan, Cohen tampil dengan idea kreatif iaitu menggunakan dron dilekatkan sekali bersama nombor telefonnya sebagai tanda perkenalan.

Dia merakam detik mencuit hati itu dengan aplikasi TikTok sebelum memuat naiknya di Twitter bersama keterangan: Saya tidak percaya helah ini berhasil dan ini adalah kisah benar.

Video klip bertajuk Kisah Kuarantin Comel itu menarik perhatian warganet yang kagum dengan cara Cohen memikat gadis itu.

Menurut Cohen, kisah itu bermula ketika dia melihat gadis berkenaan menari dari tingkap rumahnya.

Tertarik dengan gelagat berkenaan, Cohen melambaikan tangan dari balkoni rumahnya sebelum gadis berkenaan melambai kembali kepadanya.

Melihat maklum balasnya membuatkan saya terus mengambil pen sebelum menulis nombor telefon di atas kertas dan melekatkannya pada dron.

Saya menerima mesej daripada gadis itu sejam selepas menghantar dron kepadanya, katanya.



SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...