EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Koyak Kerana Lawak April Fool, Pengurus Kelab Romania Benar Benar Angkat Kaki

0 month ago, 04-Apr-2021

April Fools merujuk kepada hari jenaka orang barat pada 1 April di mana banyak pranks yang akan dibuat.

Namun di Romania, seorang jurulatih divisyen ketiga telah mengambil serius lawak April Fools yang ditujukan kepadanya.

Wartawan Emanuel Rosu melaporkan pengurus tersebut meletakkan jawatannya serta merta sebaik sahaja membaca sebuah artikel yang mengambil sumber terpercaya dari kelab.

Rosu menulis di Twitternya:

Ianya luar biasa. Kelab Industria Galda de Jos (bermain di divisyen 3) meminta oleh laman web tempatan mereka untuk membantu dalam lawak April Fools tentang pengurus mereka.

Galda meminta akhbar tersebut menulis bahawa coach Fogorossi akan dipecat selepas 3 kekalahan dalam 3 perlawanan yang dikendalikannya. Pengurus tersebut mengambil serius berita itu dan meninggalkan kelab dengan serta merta sebaik sahaja membaca artikel tersebut.

Dia tidak hadir ke pusat latihan hari ini [semalam 2 April] dan tidak akan bersama pasukan di tempat teknikal dalam aksi berdepan Cugir.

Hebatnya bola sepak Romania.

his job with immediate effect after reading the article. He didn't go to training today and will not be on the team's bench tomorrow vs Cugir.
Romanian football is AMAZING.

Emanuel Ro?u (@Emishor) April 1, 2021

Berhati hatilah dalam membuat lawak, walaupun ia bukan lawak April Fools. Kerana ada sesetengah orang akan terasa hati dan mengambil serius.

Dalam etika profesional mungkin lawak seperti itu agak melampau. Lainlah lawak seperti yang pernah dibuat Arsenal dahulu tentang penggunaaan pemain hanya berkaki kiri dalam perlawanan mereka.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...