EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Koscielny cetus kemarahan Arsenal

0 month ago, 11-Jul-2019

KAPTEN Arsenal, Laurent Koscielny enggan menyertai jelajah pramusim bersama kelab di Amerika Syarikat, menurut jurucakap kelab Liga Perdana itu hari ini.

Pemain tengah Perancis berusia 33 tahun itu mempunyai baki kontrak setahun lagi dan media British melaporkan kelab Ligue1, Girondins Bordeaux dan Olympique Lyonnais berminat menandatanganinya.

"Laurent Koscielny enggan bersama kami ke Amerika Syarikat untuk aksi jelajah pramusim, kata Arsenal dalam kenyataan itu.

"Kami sangat kecewa dengan tindakan Laurent yang bertentangan dengan arahan kelab. Kami berharap dapat menyelesaikan masalah ini. Oleh itu tiada sebarang komen lanjut buat masa ini.

Koscielny yang menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Lorient pada 2010 tampil dalam 353 perlawanan termasuk dua kali menjuarai Piala FA dan dilantik menjadi kapten pada awal musim lalu susulan persaraan Per Mertesacker.

Arsenal dijangka menentang Colorado Rapids yang juga dimiliki pemegang saham majoriti kelab, Stan Kroenke pada Isnin ini sebelum menentang Bayern Munich, Fiorentina dan Real Madrid dalam Piala Juara Antarabangsa.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com