EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ibu & Anak korban baru COVID-19 di Sarawak, 6 kematian telah dicatat

0 month ago, 21-Mar-2020

Satu berita yang sangat mengejutkan hari ini kita terima, terdahulu seorang jemaah tabligh daripada Melaka mencatat korban ke-4 COVID-19.

Sebentar sahaja tadi, Harian Metro baru sahaja melaporkan bahawa kini terdapat dua lagi kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa terkorban wabak seramai enam orang di Malaysia.

Berita kematian itu dimaklumkan oleh jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), membabitkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama, yang masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.

SARAWAK MEREKODKAN PERTAMBAHAN SEPULUH (10) LAGI KES POSITIF COVID-19 DAN 2 LAGI KES KEMATIAN PADA 21 MAC 2020,

Posted by Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak onSaturday, March 21, 2020

Mangsa pertama meninggal dunia pada 2 pagi pada Rabu lalu 18 Mac, manakala mangsa kedua meninggal pada 1 petang, hari ini. Difahamkan, salah seorang lagi ahli keluarga masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal

Catatan pada 18 Mac kematian pertama keluarga tersebut, dikatakan lambat diterima kerana perlu menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur.

Setakat ini, Sarawak telah mencatatkan pertambahan 10 lagi kes baharu Positif Covid-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 kes sejak pertama dilaporkan pada 13 Mac.

: Harian Metro & Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...