www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kontrak Cheng Hoe dinilai selepas Piala AFF Suzuki

0 month ago, 07-Dec-2018


foto: FB FAM
KONTRAK Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan akan ditentukan selepas berakhir kempen Piala AFF Suzuki 2018 yang sedang berlangsung ketika ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan nasib pengendali berusia 50 tahun itu akan ditentukan selepas beliau mendapat laporan penuh berhubung prestasi skuad Harimau Malaya pada kejohanan tersebut daripada pengurus pasukan negara, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya skuad negara dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Untuk rekod, Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali skuad negara pada Disember 2017, bagi menggantikan Nelo Vingada dari Portugal yang melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan walaupun baru mengendalikan skuad negara selama tujuh bulan.
Dalam pada itu, Hamidin menjelaskan FAM masih mengekalkan sasaran juara untuk skuad negara pada kempen Piala AFF Suzuki pada kali ini, dan berharap pemain dapat mengekalkan momentum untuk menghadapi dua aksi final yang menggunakan format timbal balik pada 11 dan 15 Disember ini.
Apabila kita masuk perlawanan akhir, kita perlu menjadi juara. Kalau kita menjadi naib johan, sejarah takkan tercipta. Jadi peluang keemasan ini perlu kita gunakan sebaik mungkin demi memenuhi harapan peminat.
Saya sudah beritahu Cheng Hoe dan pemain bahawa tugas kita masih belum selesai. Ini (mara ke final) baru satu permulaan sahaja, jelas Hamidin. – Bernama

Kontrak Cheng Hoe dinilai selepas Piala AFF Suzuki Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts