EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Konon anak menantu berhutang RM10 ribu, ibu menggigil kena prank hari lahir

0 month ago, 07-Jun-2021

Setiap anak pasti mempunyai cara tersendiri untuk memberi senyuman kepada orang tua tersayang. Salah satunya adalah meraikan hari ulang tahun mereka dengan memberikan ucapan ataupun surprise agar mereka gembira.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @junsyawalina, dia telah datang ke rumah seorang warga emas dan membuat drama sebelum melakukan kejutan hari lahir untuk wanita itu.

Dalam video yang dikongsikan, dia dan beberapa teman telah mendatangi warga emas berkenaan dan memaklumkan bahawa anak serta menantunya telah berhutang sebanyak RM10,000. Akn tetapi kedua-duanya tidak dapat dihubungi.

@junsyawalina

Tujuan rakaman bukan tuk aibkan sape2Sampai nyonsong umah orang tuanya nak setel hutang video pnjang..t smbung lg

? original sound Realperfume_withjunsyawalina Realperfume_withjunsyawalina

Dapat dilihat mak cik tersebut sedikit panik dan terkejut namun masih bertenang serta bercakap dengan lembut memaklumkan yang dia tidak mengetahui sebarang hutang yang dimaksudkan.

Mak cik berkenaan juga mengajaknya masuk untuk berbincang secara baik. Di sempat bercakap dengan anak kepada warga emas berkenaan sebelum memberi alasan kononnya ingin mengambil dokumen perjanjian.

@junsyawalina

Anak menantu buat hal tapi maknye tetap lmbut tanya keadaan anak menantusabarnya mak dia cik @sunshine.zuraly dah hbs sabar dah time ni

? original sound Realperfume_withjunsyawalina Realperfume_withjunsyawalina

Tanpa diduga warga emas tersebut, rupanya dokumen yang dimaksudkan adalah jambangan hadiah dan buah-buahan istimewa sempena hari lahirnya

Drama yang dibuat juga hanya rekaan dan sengaja dilakukan untuk membuat prank hari jadi buat makcik tersebut terlihat real.

@junsyawalina

Reply to @tengku_quden tengok sampai habis tawjgn skipsure korang rindu mak korang cam akk rindu mak akk..Hargailah emak selagi ada.

? original sound Realperfume_withjunsyawalina Realperfume_withjunsyawalina

Apabila mengetahui hal sebenar, warga emas itu terus tersenyum dan lega kerana mengakui menggigil ketika ada yang datang meminta hutang.

Dia juga sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada anak-anak kerana mengingati hari ulang tahun kelahiran serta memberikan hadiah kepadanya.

@junsyawalina

Doa mak tuk anak2.melting habis ngan makcik niepndai bergurau lagi..happy bday makcik.muuuaaah

? original sound Realperfume_withjunsyawalina Realperfume_withjunsyawalina

: junsyawalina



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...