EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kongsi rutin harian di video tugasan, ibu berdekah dengar anak buat semua kerja

0 month ago, 08-Jun-2021

Sejak kebelakangan ini, ramai yang berkongsi momen membuat video tugasan demi tuntutan pembelajaran secara atas talian.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu mereka yang terpaksa berkongsi rutin harian mereka dirumah bersama ibu atau ahli keluarga yang lain dan merakamnya sebagai bukti melakukan kerja-kerja tersebut.

Salah satunya adalah perkongsian video daripada pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @rotigardeniaa apabila perlu membuat video bersama ibu tersayang.

Dalam video tersebut, boleh dikatakan sepanjang proses rakaman ibunya berdekah gelak apabila tidak mempercayai bahawa anaknya membuat semua kerja rumah seperti memasak, membantunya serta membantu ayah di bengkel.

aku cakap dengan ibu yang ni untuk assignment HAHAHAHAHAHAH pic.twitter.com/NCksLtjh6L

erry lapar ???????? (@rotigardeniaa) June 8, 2021

Reaksi ibunya yang tidak dapat menahan tawa mendengar pembohongan anaknya membuatkan warganet turut sama terhibur.

Kedengaran dengan jelas juga wanita itu menafikan kerja-kerja rumah yang dikatakan anaknya itu dilakukan sepanjang menjalani pembelajaran di rumah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama terhibur mendengar video yang dirakam olehnya.

Masing-masing dapat menangkap reaksi ibunya tiap kali dia menyebut aktiviti-aktiviti sepanjang berada dirumah yang hakikatnya jarang dilakukan.

: @rotigardeniaa



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...