EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kongsi Gambar Bayi, Peminat Syak Si Cantik Deepika Padukone Hamil

1 month ago, 04-Nov-2019

Apa yang sedang berlaku?

Deepika Padukone menimbulkan keghairahan peminat apabila berkongsi dua gambar comel dari zaman kanak-kanaknya di Instagram.

Deepika berkongsi dua gambar dirinya ketika kecil, di mana dia dilihat sedang nyenyak tidur meniarap dan gambar kedua, Deepika lena diulit mimpi dalam pangkuan seseorang.

Ternyata gambar tersebut menarik perhatian suaminya, Ranveer Singh sehingga meletakkan komen emoji love di mata yang menunjukkan tanda teruja dan suka.

Foto Instagram

Tapi yang kecohnya gambar tersebut telah menimbulkan syak wasangka dan tanda tanya peminat pasangan ini tentang soalan-soalan kehamilan seperti good news coming soon?, is that a hint, are u pregnant??, we expecting good news soon?, congratulations!, on the way?, dan pelbagai lagi ucapan tahniah dan pertanyaan sama ada pasangan ini sedang berbadan dua.

Korang rasa? Pasangan Bollywood kesukaan ramai, Deepika Padukone dan Ranveer Singh sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan perkahwinan dalam majlis tertutup di Lake Como, Itali pada 14 November 2018.


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...