EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kongsi Foto Berpelukan Bersama, Peminat Seru Kamal Adli & Uqasha Senrose Segera Nikah

0 month ago, 20-Nov-2020

Berkongsi foto mesra berpelukan bersama, pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli kini mendapat perhatian netizen.

Menerusi posting di laman Instagram, kedua-dua mereka dilihat tampil menyajikan foto mesra bersama dalam satu sesi fotografi.

Entri yang dimuat naik oleh kedua-dua belah pihak itu menyaksikan pasangan yang khabarnya bercinta ini tampil menggayakan aksesori serta jam tangan dari sebuah jenama popular.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka seakan teruja dengan entri yang dimuat naik oleh mereka.

Malah, mereka juga dilihat setuju andai kedua-duanya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Bahkan, wujud juga segelintir pihak seolah tidak terlepas menitip doa agar mereka segera menamatkan zaman bujang.

Untuk rekod, kedua-dua pelakon ini mula meraih perhatian umum selepas menjalani penggambaran drama popular Perempuan Tanpa Dosa.





Live Website Traffic


loading...