EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Komputer Riba Acer Spin 3 Boleh Dilipat Menjadi Tablet, Didatangkan Dengan 2 Pilihan CPU

0 month ago, 18-May-2020


Awal tahun lepas, Acer memperkenalkan sebuah laptop yang boleh dilipat untuk dijadikan tablet iaitu Acer Spin 3. Baru-baru ini, Acer Spin 3 telahpun memasuki pasaran Malaysia dan dijual bermula dengan harga RM2,799. Sepatutnya, laptop ini telah memasuki pasaran Malaysia pada bulan March lalu tetapi ditangguhkan akibat wabak covid-19 yang melanda.

Acer Spin 3 ini mempunyai berat hanya 1.5kg yang mudah untuk dibawa kemana-mana dan boleh dilipat sehingga 360 darjah gais. Ia juga didatangkan dengan skrin 14 inci bersama paparan Full HD dengan rekaan yang lebih nipis iaitu 16.8mm.


Korang juga boleh pilih sama ada mahukan CPU Intel Core i3-1005G1 ataupun Intel Core i5-1035G1 untuk dikuasakan pada laptop ini. Laptop yang boleh dijadikan tablet ini juga didatangkan dengan memori SSD PCIe sebesar 512GB.

Harga yang ditawarkan pada model CPU Intel Core i3 ialah RM2,799 dan untuk yang model Intel Core i5 pula pada harga RM3,299. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkannya di Acer Store Online ataupun pengedar rasmi yang lain seperti Shopee ya gais.

: Acer Store

+ Baca respon pembaca Laptop Acer yang boleh dijadikan tablet di Facebook Oh! Media.




: Oh! Media

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...