EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Komander MILF buka mulut

0 month ago, 27-Nov-2019

ZAMBOANGA (Filipina): Apapun terjadi kami tidak akan serahkan seinci pun tanah Pulau Basilan kepada yang bukan hak untuk memilikinya, ikrar Julkipli Abdullah, 49.

Komander Operasi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) itu berkata, ini kerana kuasa autonomi yang diserahkan kerajaan Filipina adalah hasil pengorbanan darah dan titisan keringat untuk melihat bumi Kepulauan Mindanao ditadbir mengikut syiar Islam.

Menurutnya, sepanjang tempoh konflik antara MILF dan tentera kerajaan, ribuan nyawa menjadi korban dan itu menjadi pembakar semangat kepada anggota MILF untuk terus berjuang.

Kami berjuang dalam keadaan serba kekurangan terutamanya kelengkapan persenjataan berbanding tentera kerajaan.

Namun, kami percaya bantuan daripada Allah SWT itu adalah senjata utama untuk kami kuat dan terus mempertahankan bumi Mindanao dan Pulau Basilan, katanya yang berpangkalan di Pulau Basilan ketika ditemui dalam satu pertemuan khas di bandar Zamboanga.

Pernah dilabelkan sebagai orang paling dikehendaki oleh tentera Filipina, Julkifli berkata, perjuangan MILF tidak akan terhenti sebaik menerima kuasa autonomi, tetapi sebaliknya mereka akan berjuang untuk memastikan pembangunan dan ekonomi dipulihkan.

Katanya, perjuangan sekarang tidak hanya tertumpu untuk mengangkat senjata, tetapi mahu rakyat di Kepulauan Mindanao menikmati hak yang sama seperti rakyat lain.

Jika dulu hampir setiap hari kami bertempur namun kini keadaan lebih baik walaupun sesekali masih ada pertembungan di antara MILF dan tentera Filipina, katanya.

Kami kini mahu membangunkan Pulau Basilan dan Kepulauan Mindanao. Perjuangan ini akan dihebatkan untuk memastikan kerajaan lebih adil, katanya yang mengetuai 14 pasukan MILF sepanjang operasi di Pulau Basilan.

Beliau yang lebih 15 tahun mengangkat senjata itu berkata, keadaan di Pulau Basilan kini lebih stabil namun anggota MILF masih dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya konflik baru berlaku dengan mana-mana pihak.

Katanya, ada gesaan untuk MILF menyerahkan senjata namun tindakan itu tidak sesekali akan dilakukan kerana kemungkinan dijajah semula boleh terjadi pada bila-bila masa.

MILF dididik untuk berjuang dalam keadaan daif tapi kedaifan kami bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah malah sudah terbukti mampu menguasai Kepulauan Mindanao, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...